Monday, July 25, 2011

Trip to Bintulu : Day 2

Second day , pegi BCOT plant, melawat tapak /site yang contractor tengah handle buat soil investigation. Pegi plant pakai baju kuning BERSIH coverall siap-siap dari hotel.

Kat area yang ada plant-plant, port naik platform ke offsore, tempat fabrication yard, contoh Bandar Bintulu, Pasir Gudang, Labuan, Kerteh, Sungai Udang, dah jadi budaya orang pakai baju coverall saja-saja dari rumah ke tempat kerja. Takpun kat kedai makan pun pakai baju coverall.

Kalau kat KL saja2 pegi office pakai coverall kuning, mau orang gelak.

Kalau Petronas, kaler kuning. Vendor selalunya kaler hijau gelap (kaler seluar sekolah menegah). Kalau shell kaler Oren. Ada jugak company yang pakai kaler biru, merah. Hitam dengan putih ja yang tak pernah dijumpai.

Tengah semangat – baru pagi


Puan Farah dah penat- ni tengah hari dah


Tengah hari, CSR bawak pegi makan nasi Beriyani Gam .

Petang sambung balik kerja. Silap pegi langkah parit besar, tak jatuh, tapi silap landing. Tak sakit.Pegi site tepi pantai, tengok contractor buat keja lagi.


Inilah proposed site kat tepi pantai- luar pagar BCOT. Rugi tak bawak pancing


En Nadzri bagitau, kat Bintulu best kalau pegi mincing. Ikan kerapu, udang galah. Ikan fresh2.

Malam, penat lah sudah. Tak larat keluar makan dan lepak2 dengan kawan semalam. So, kirim lah kar Farrah, nasi lalapan ayam. Farrah kuar dengan ex-housemate dia malam tu.

Sangat excited nak tau rupanya. Farrah punya la promote nasik lalapan ni, dari mengandung lagi dia dok teringin makan nasik ni. Dulu Farrah penah attached Bintulu , dalam 3 bulan. Jadi, pegi Bintulu, dia pun dapat melepaskan rindu kat Nasi lalapan dia.

Rupa-rupanya..



Macam nasik ayam penyet orang jawa, yang selalu saya beli kat Ampang Park dan Wong Solo.

Tapi, lain sikit, dia tak se-crunchy @ rangup macam nasik ayam penyet la dan takdak kriuk-kriuk atau habuk-habuk goring tu. Boleh tahan rasa dia.. sedap.

Nasik lalapan ada rasa unik tersendiri.

Nak cuba?

Datang Jak Sarawak! ( macam iklan 1malaysia pulak)

Wednesday, July 20, 2011

Trip to Bintulu: Day 1

Last time saya pegi Bintulu awal bulan Julai 2011. Selang seminggu, mai sini lagi sebab nak settlekan isu-isu tergendala dan tak settle lai dengan kontraktor kat BCOT.

Jadi, trip kali ni, kat KLIA, tengok kedai buku teringat kat ayah and husband. So, call ayah, tanya ayah nak buku apa sebagai hadiah dapat rezeki lebih tahun ni. :)

"Dad, what kind of book do you want? Is it self-development, management or..what of kind of genre?"
"I like biography book"
"Ic..(sambil mencari-cari kat kedai..) Hm.. do you want 'The Doctor in the Haouse?"
"Hehe..No thanks.."
"haha..Ok2, ni..Obama , ok dak?"
"Ha..ok2"




Ini lah buku Bridge. hadiah utk ayah :)


Lepas tu, call suami tersayang pulak. Cik abang tengah excited dengan Robert Kiyosaki sekarang ni. So, dapat lah dua ketul buku ini.. :)


Gifts for him.. :)



Di atas awan, saya melayan dan sambung baca buku 'R&R Di Lebuharaya Kehidupan'. tak habis-habis baca lagi.. slow2 nak baca & hayati..




Melayan jiwa di awan biru..


Malam pertama sampai Bintulu, makan ikan bakar di Fishing Village, contractor belanja.
E-in yang propose. E-in ni ex-housemate kat UTP dulu.
Sambil dinner, discuss pasal apa keja nak buat esok.

Sambung lagi nanti.. )