Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Trip to Bintulu : Day 2

Second day , pegi BCOT plant, melawat tapak /site yang contractor tengah handle buat soil investigation. Pegi plant pakai baju kuning BERSIH coverall siap-siap dari hotel.

Kat area yang ada plant-plant, port naik platform ke offsore, tempat fabrication yard, contoh Bandar Bintulu, Pasir Gudang, Labuan, Kerteh, Sungai Udang, dah jadi budaya orang pakai baju coverall saja-saja dari rumah ke tempat kerja. Takpun kat kedai makan pun pakai baju coverall.

Kalau kat KL saja2 pegi office pakai coverall kuning, mau orang gelak.

Kalau Petronas, kaler kuning. Vendor selalunya kaler hijau gelap (kaler seluar sekolah menegah). Kalau shell kaler Oren. Ada jugak company yang pakai kaler biru, merah. Hitam dengan putih ja yang tak pernah dijumpai.

Tengah semangat – baru pagi


Puan Farah dah penat- ni tengah hari dah


Tengah hari, CSR bawak pegi makan nasi Beriyani Gam .

Petang sambung balik kerja. Silap pegi langkah parit besar, tak jatuh, tapi silap landing. Tak sakit.Pegi site tepi pantai, tengok contractor buat keja lagi.


Inilah proposed site kat tepi pantai- luar pagar BCOT. Rugi tak bawak pancing


En Nadzri bagitau, kat Bintulu best kalau pegi mincing. Ikan kerapu, udang galah. Ikan fresh2.

Malam, penat lah sudah. Tak larat keluar makan dan lepak2 dengan kawan semalam. So, kirim lah kar Farrah, nasi lalapan ayam. Farrah kuar dengan ex-housemate dia malam tu.

Sangat excited nak tau rupanya. Farrah punya la promote nasik lalapan ni, dari mengandung lagi dia dok teringin makan nasik ni. Dulu Farrah penah attached Bintulu , dalam 3 bulan. Jadi, pegi Bintulu, dia pun dapat melepaskan rindu kat Nasi lalapan dia.

Rupa-rupanya..



Macam nasik ayam penyet orang jawa, yang selalu saya beli kat Ampang Park dan Wong Solo.

Tapi, lain sikit, dia tak se-crunchy @ rangup macam nasik ayam penyet la dan takdak kriuk-kriuk atau habuk-habuk goring tu. Boleh tahan rasa dia.. sedap.

Nasik lalapan ada rasa unik tersendiri.

Nak cuba?

Datang Jak Sarawak! ( macam iklan 1malaysia pulak)

Wednesday, October 20, 2010

Cuti oh cuti... Cutiku dah nak habis..

Salam,


Lamanya xberblogging..Rasa dan semangat tu dah ada, especially masa pantang. Tapi, masa pantang elok berehat dulu, jangan berat2kan fikiran, bagi saraf rehat betul2 sebelum kembali meneruskan kerja dan kehidupan baru bermula...

Jadi, sepanjang pantang, belek FB je la. kurang membaca dan meneliti benda2 halus. kalau ikutkan nak khatam jugak novel, tapi tu lah, saya ambil pendekatan rehat dulu saraf.

Oh ya, tak lupa juga...sepanjang cuti pantang ni, disebabkan tak boleh membaca sangat, jadi saya habiskan menonton (baca: layaaan) Sinetron Ketika Cinta Bertasbih- Ramadhan Special.
Best sangat.. Dia sambungan dari Movie Ketika Cinta Bertasbih & Ketika Cinta Bertasbih 2.
Ada 56 episod semuanya, pak sedara download kat jiwang, tapi saya copy jer..Saya dah layan 50 episod.. cepat2...

Amboi, cerita pasal sinetron, lupa pulak nak perkenalkan ahli keluarga baru kami...
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak kedua, seorang putera, insyaAllah bakal mujahid, bernama .. Saifuddin Qutuz Althaqif bin Shahruzzaman. Lahir pada 2 September 2010 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431H, jam 5.30petang di Hospital Pusrawi , KL. Cepat sangat bukaan terbuka, kali ni cuma 3 jam saja tahan kat Labor Room, maka lahirlah Saifuddin.

Panjangkan nama Saifuddin.. :) nanti saya cerita di lain masa asal-usul dipilih nama ni.
Yang best nya, ayah saya panggil Saifuddin ni Muhammad Ramadhan.. :) takpalah, Ramadhan tu mungkin jadi nama timangan tokwan Penang :)

3 hari kena tahan di hospital. kemudian, 4 hari kemudian sempat berpantang di rumah mertua sebelum pulang pantang di Penang. Hari ke 40, balik semula ke KL & Shah Alam... sampai sekrang masih di Shah Alam.

Raya Aidilfitri pun berpantang.. dan..huhu..sangat menggugat keimananku.. rasa nak ja menelan lemang , ketupat palas banyak2..Tapi kena sabar,, tak boleh makan sembarangan sebab tengah pantang n takut2 angin pulut masuk ke susu dan perut baby kembung pulak..
Dan.. history...Tak langkah langsung ke Open House hari raya.. terror dak? :P Kira, raya kali ni terselamat dari menambah berat badan.. :)

Tapi, mujur sebelum bersalin tu dah 'bantai' siap2 semua tu.. Beli kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Kiranya sempat la meraya dulu..Kurang la ralatnya..

InsyaAllah, minggu last pantang, blik ke Pandan Indah semula, dah kena start practice letak Fateh dan adik , Saifuddin ke nursery... :( sob2...
Dan..ummi kena masuk balik office macam biasa... owh..tidak... sedihnya nak meninggalkan anak2.

Nak buat macammana, buat masa ni company hanya bagi 60 hari maternity leave..
Tup-tup, masa Bajet 2011 yg PM baru bentang lepas, kakitangan kerajaan BOLEH (bukan wajib) ambik cuti bersalin selama 90 hari...atau 300 hari cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan. huuff22,, jeles.. dan effective by date.. jeles kat biras saya, dia staf Hospital Sungai Buloh.. Dia akan bersalin bulan 11 ni.

Dan, dah ada suara2 kawan2 dan cadangan nak ajak buat petisyen mintak company bagi 90 hari cuti bersalin.. :) Hm..kalau kat UK..siap bagi 6 bulan lagi..

Oh..sangat cepat masa berlalu.. 60 hari tu rasa macam 30 hari ja.. :( Seriously..
Dulu masa berpantang kat Fateh rasa lambatnya masa berjalan. Tapi kali ni rasa cepat, sebab kelam-kabut nak buat macam2 benda setiap hari. Selain kena jaga Saifuddin, si abang Fateh pun kena bagi perhatian jugak..

Seronok dapat mengasuh Fateh sepanjang cuti pantang ni..Fateh dah banyak progres/development. Dah banyak vocabulary dia yg dah improve. dan , dah boleh cakap dalam bentuk ayat ringkas.. "Adik tidoq.." "jom naik atas".. "Abiy mana?"
Dan, dah boleh sikit2 nyanyi lagu ABC.. mana taknya, tiap2 hari pasang video youtube tu.. :)
Fateh, alhamdulillah, tak kasar dengan adik dia. Cuma, kalau masa dia nak perhatian kita, kalau tak dilayan, dia akan buat2 (macam acah-acah) pegi sentuh Saifuddin.. Mesti kita risau takut dia cubit.. So, waktu tu mau tak mau kena la penuhi permintaan fateh kejap.

Saifuddin pun ada progress.. dah boleh senyum2, boleh bual2 sikit 'Acoo..acoo..' :)

Hm.. memang ni lah nikmat dan rezeki anak... Seronok tengok telatah anak dan puas anak-anak membesar depan mata.. Tengok perubahan dan improvement dia dari masa ke semasa.. Dapat asuh anak-anak sendiri... :)

Owh..cuti ku cuma 60 hari saja.. Nak ambik unpaid leave..sangat berisiko tinggi ketika ini...

Pada pendapat saya,bagus kalau cuti 90 hari ni, maksudnya baby lebih kurang umur 3 bulan. Badan dah tegap dan mantap sikit untuk ditinggalkan kat nursery atau pengasuh/nanny. Kita pun rasa confident sikit kita nak letak. Tapi, bukan 100% la confident, masih kena berhati-hati dengan keselamatn baby yang sangat 'fragile'.

Hubungan ibu dan anak makin erat. Ibu dapat berehat , maklumlah bersalin memang stress dan sakit, orang tua-tua kata putus 1000 urat. Makan masa nak pulih balik.

Malaysia neagara Asean yang masih sikit cuti bersalinnya..
Cuba baca petisyen NUBE , kat situ dia ada letak kebaikan atau faedah cuti 90 hari..

Tetapi.. sebenarnya cuti 90 hari yang kerajaan bagi tu..hanya boleh diambil kalau anaknya 3 sahaja. Tengok pendapat-pendapat kaum ibu ni..

Takpelah.. yang nyata di tempat saya bertugas..masih 60 hari cuti bersalin.. back to normal..
Buat masa ni, rezeki keluarga di situ. Demi anak2 kesayangan, tabahkan hati yer.. :)

Maka...bersiap-sedia lah dari sekarang, wahai Ummufateh untuk masuk balik office itu..
Bersedia lah wahai fizikal, emosi dan mindaku .. untuk kembali meninggalkan permata-permata hatiku untuk diasuh oleh cikgu-cikgu nurseri..

Positive..postive... dan , ya Allah, kau peliharalah keselamatan anak-anakku, Muhammad Alfateh dan Saiffuddin Qutuz sepanjang ku bekerja dan juga setiap masa dan bila-bila pun..

AMEEN..