Tuesday, February 8, 2011

Ada apa dengan 9 February?

Hari ini dalam sejarah.

Lahirnya ulama Islam moden tersohor, Syeikh Fathi Yakan. Ni lah penulis buku yang tulis buku haraki mula-mula saya khatam , "Apa Ertinya Saya Memeluk Islam." Sebenarnya bukan peluk saja, tapi anut dan amalkan Islam. Buku nilah yang membuka mata dan beri kesedaran pada saya tentang kewajipan mengamalkan Islam dalam segenap sudut dan seluruh kehidupan, bukan takat solat, puasa, zakat dan haji saja.

Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan Almarhum bersama-sama golongan soleh dan mujahidin. Ameen..

Petikan dari email yang di-forward sahabat.

Perginya seorang Ulama Islam: Syaikh Fathi Yakan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl_f9v3sea4GVjPJb2nnxy37WVASFMeWJ_ziQW2vbx2sqs5CcWgLOjphA_hyQSq6TvaiWxagb_CvREIUW1kqL7w_H-Qhqa_NSxMps2s6dRY4FN6RXjSmIYZmrNAXYAB4WKJ4pArQDEEM-j/s200/Fathi+Yakan.jpg

Umat Islam kembali kehilangan pejuangnya, Syaikh Fathi Yakan. Beliau meninggal pada hari Sabtu (13/06/2009) karena kondisi kesehatannya yang sudah menurun. Pemimpin Front Amal Islam di Lebanon ini merupakan tokoh pergerakan Islam yang karyanya banyak menjadi referensi para aktivis

Syaikh Fathi Yakan lahir di Tripoli pada 9 Februari 1933 dan di tempat kelahirannya pula jasadnya dimakamkan. Pria yang sudah mengarang lebih dari 35 buku yang diterbitkan ke berbagai bahasa tersebut meninggalkan empat orang putri dan satu orang putra.

Selain dikenal sebagai aktivis yang memiliki hubungan dekat dengan Ikhwanul Muslimin Mesir, pemegang gelar doktor ini juga terlibat aktif dalam beberapa misi perdamaian. Diantaranya adalah pada 1998-1999 dia bertindak sebagai mediator dalam proses perdamaian antara Syiria dengan Turki.

Ia sempat bekerja di Libanon pada pertengahan tahun 1950-an dan kemudian menjadi pelopor dalam pembentukan gerakan Islam. Ulama yang produktif menulis ini sempat terpilih menjadi anggota pada tahun 1992. Bukunya 'Ihdzarû Al-Aids Al-Harakî (1989), menulis secara khusus kehancuran harakah (gerakan dakwah) di Libanon yang fenomenanya dirasakan hampir sama di beberapa negeri Muslim.

Buku-bukunya yang juga menjadi rujukan para aktivis. Diantaranya; Asas-Asas Islam, Komitmen Muslim Sejati, Robohnya Dakwah di Tangan Dai, Yang Berjatuhan di Jalan Da'wah, Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam, Prinsip-prinsip Gerakan Islam, Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Islamic Movement: Problems and Prospectives, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati.

Pendiri majalah al-Aman ini pernah memimpin demo besar-besaran untuk menjatuhkan PM Fuad Siniora yang menjadi "kaki tangan" Amerika. Ia juga memberi dukungan pada Gerakan Hizbullah, Libanon untuk melawan Israel. Pada 8 Desember 2006, Syaikh Yakan mengimami jamaah shalat Jumat Sunni dan Syiah sebagai simbol persatuan melawan PM Siniora.

Dalam kunjungannya ke Iran pada tahun 2007 dalam pakta pertahanan Arab dan Iran, Syaikh Yakan mengatakan, "Umat Islam seluruh dunia harus bersatu untuk melawan ancaman, agresi dan rencana jahat rezim Amerika Serikat dan Israel." Dalam pertemuan itu, pejabat Lebanon juga memandang pentingnya pembentukkan gerakan perlawanan Islam yang anggotanya terdiri dari Syiah dan Sunni serta memperkuat perlawanan Islam di Irak.

Dalam karyanya yang berjudul Madzâ Ya'nî Intimâ`i lil Islâm, beliau menguraikan mengenai tiga jenis manusia: Pertama, manusia yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Kedua, manusia yang dalam hidupnya kehilangan pedoman, lalu kemudian melakukan penyimpangan dan kesesatan. Ketiga, manusia yang menganggap dunia ini sebagai ladang amal untuk di akhirat kelak.

Semoga kita semua masuk ke dalam golongan yang ketiga dan semoga Allah membalas segala amal Syaikh Fathi Yakan. Ilâhi Âmîn.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Al-Marhum Syeikh Fathi Yakan


Thursday, February 3, 2011

Kenapa Ummu Fateh? Dah tu Saifuddin letak mana?

Pernah sorang sahabat saya tengok gmail address saya, alamatnya nama ummufateh.
Kata kawan saya tadi, sian baby baru (Saifuddin), nama fateh jugak dikekalkan..
Saya sengih jer, sebab faham, kawan tu saya ngusik, sebab mustahil sbb shabat saya tu lagi banyak ilmu dari saya.

Adik ipar pun penah tegiur, "Chey, nak jadi cam nama orang arab.. ummu itu, ummu ini.. abu itu, abu ini.."
Saya bagitau, sebenarnya sunnah letak nama gelaran ibubapa tu diberi jollokan dengan nama anak paling besar (sulung).

Meh saya share maksud Hadis tu..

Diriwayatkan dari Abu Syuraih bahawa pada asalnya dia bernama Abul Hakam, maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya:
"Sesungguhnya Allah, Dialah Hakim yang memutuskan , dan hanya merujuk kepada-Nyalah semua keputusan."
Abu Syuraih berkata: "Sesungguhnya kaumku, apabila berselisih pendapat tentang sesuatu perkara mereka datang kepadaku,maka aku putuskan perkara itudiantara mereka hingga mereka rasa puas."
Nabi s.a.w bertanya: "Alangkah bbaiknya sikapmu itu, tetapi berapa anakmu?"
Aku (yakni Abu Syuraih) menjawab: "Syuraih, Muslim, dan 'Abdullah."
Nabi s.a.w bertanya : "Siapakah yang paling besar di antara mereka?"
Aku menjawab : "Syuraih!"
Nabi s.a.w bersabda: "Kalau begitu, kamu adalah Abu Syuraih (bapaknya Syuraih)".
Syuraih berakar dari syarh, ertinya lapang dada. Allah s.w.t telah berfirman kepadanya nabi-Nya:
"Bukankah Kami telah melapangkan unutkmu dadamu?" (QS:Alam Nasyrah (94):1)

(Abu Dawud, Kitabu; Adab 4304 dan Nasa'i, Kiab Adabul Qadha', 5292)

*petikan dari Buku Tahapan mendidik Anak, Teladan Rasulullah, m/s 72
Terbitan Irsyad Baitus Salam, Bandung Indonesia, 1421H/2000M



Pendek kata tadi, begini, Nabi penah tegur sahabatnya, Abu Syuraih. Dulu Abu Syuraih orang panggil Abul Hakam, sedangkan Allah saja yang layak dengan gelaran Hakam tu.
Ni disebabkan Abul Hakam pandai menyelesaikan masalah kaum dia sampai dia diberi nama jolokan Abul hakam.
Jadi, nabi tanya apa nama anak-anaknya dia. Abu Syuraih pun bagitau, nama anak dia Syuraih, Muslim dan Abdullah. Nabi tanya lagi, sapa yang paling besar dikalangan 3 orang anak tu.
Jawabnya, Syuraih. jadi, Nabi pun gelar sahabat tadi dengan gelaran Abu Syuraih.

:) Buku ni dihadiahkan oleh ayah saya. Ayah beli banyak2 masa ziarah ke Acheh masa saya mengandung Saifuddin dulu. Baru baca Tahap 1 buku ni :) lagi 2 bab tak abes baca lagi.
Takpa, ustaz saya bagitau, beli buku banyak-banyak takpa kalau tak habis baca. Janji, masa nak rujuk tu, ada dalam simpanan.

OK, so.. dah dapat kan lesson learnt from this story.. ? :)
Ibu bapa disunaatkan letak nama gelaran guna nama anak paling besar ...
So..jadilah Ummu Fateh, Abu Fateh :)

Saifuddin dan bakal adik-adik jangan terasa yer.. :) (aiitt..lambat lagi..doakan ...)


Tuesday, February 1, 2011

InshaAllah by Maher Zain (Malay version)

Maher Zain Live in Concert

Tak lama lagi akan ada konsert Maher zain -Live in Concert di Stadium Melawati, shah alam. Tarikh 25 & 26 hb februari 2011. Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma.
InsyaAllah, takda aral melintang sampailah ke sana. :)

Pada yang belum dapat tiket sila ke link ni


InshaAllah versi BM

Sehari dua ni, heboh kejap lagu InshaAllah versi B.Malayu nyayian maher Zain sendiri kat Youtube & Facebook. Not bad, sebutan tak pelat, tapi sengau arab dia tu tetap ada :)
Selama ni macam2 version yang peminat translate seniri dan upload video nyanyian senidiri... owhhhh.. tak tahan.. mcm2 gaya..



Sebelum ni, muda-mudi Malaysia dilanda demam "My heart". Macam2 version lagu video clip dan lagu diabuat.. plani kelakar Pecinta wanita versi Kelate.

Nak menunjukkan anak muda-mudi ni sebenarnya kreatif. Boleh translate lagu, gubah/edit video sendiri.

Jadi, alhamdulillah, dengan kemunculan lagu-lagu Maher zain yang berunsur nasihat, motivasi dan ketuhanan, at least tak la merepek-merepek sangat jadinya, malah dijadikan motivasi pada pendengar.

Fateh pun dah pandai.. "InshaAllah..ada jalanNya....."

OK, Jom layan... terimalah




Lirik InshaAllah versi BM

Andainya kau rasa tak berupaya

Hidup sendirian tiada pembela

Segalanya suram bagai mlm yg kelam
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insyaallah3 ada jalannya2

Andainya doasamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insyaallah3 ada jalannya2

Kembalilah….kepada Yang Esa
Yakin padanya panjatkanlah doa
Oh ya allah pimpinlah daku dr tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yg benar
Jalan yg benar..Jalan Yang benar

Insyaallah3x..ada jalannya2

Monday, January 17, 2011

Wednesday, October 20, 2010

Cuti oh cuti... Cutiku dah nak habis..

Salam,


Lamanya xberblogging..Rasa dan semangat tu dah ada, especially masa pantang. Tapi, masa pantang elok berehat dulu, jangan berat2kan fikiran, bagi saraf rehat betul2 sebelum kembali meneruskan kerja dan kehidupan baru bermula...

Jadi, sepanjang pantang, belek FB je la. kurang membaca dan meneliti benda2 halus. kalau ikutkan nak khatam jugak novel, tapi tu lah, saya ambil pendekatan rehat dulu saraf.

Oh ya, tak lupa juga...sepanjang cuti pantang ni, disebabkan tak boleh membaca sangat, jadi saya habiskan menonton (baca: layaaan) Sinetron Ketika Cinta Bertasbih- Ramadhan Special.
Best sangat.. Dia sambungan dari Movie Ketika Cinta Bertasbih & Ketika Cinta Bertasbih 2.
Ada 56 episod semuanya, pak sedara download kat jiwang, tapi saya copy jer..Saya dah layan 50 episod.. cepat2...

Amboi, cerita pasal sinetron, lupa pulak nak perkenalkan ahli keluarga baru kami...
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak kedua, seorang putera, insyaAllah bakal mujahid, bernama .. Saifuddin Qutuz Althaqif bin Shahruzzaman. Lahir pada 2 September 2010 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431H, jam 5.30petang di Hospital Pusrawi , KL. Cepat sangat bukaan terbuka, kali ni cuma 3 jam saja tahan kat Labor Room, maka lahirlah Saifuddin.

Panjangkan nama Saifuddin.. :) nanti saya cerita di lain masa asal-usul dipilih nama ni.
Yang best nya, ayah saya panggil Saifuddin ni Muhammad Ramadhan.. :) takpalah, Ramadhan tu mungkin jadi nama timangan tokwan Penang :)

3 hari kena tahan di hospital. kemudian, 4 hari kemudian sempat berpantang di rumah mertua sebelum pulang pantang di Penang. Hari ke 40, balik semula ke KL & Shah Alam... sampai sekrang masih di Shah Alam.

Raya Aidilfitri pun berpantang.. dan..huhu..sangat menggugat keimananku.. rasa nak ja menelan lemang , ketupat palas banyak2..Tapi kena sabar,, tak boleh makan sembarangan sebab tengah pantang n takut2 angin pulut masuk ke susu dan perut baby kembung pulak..
Dan.. history...Tak langkah langsung ke Open House hari raya.. terror dak? :P Kira, raya kali ni terselamat dari menambah berat badan.. :)

Tapi, mujur sebelum bersalin tu dah 'bantai' siap2 semua tu.. Beli kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Kiranya sempat la meraya dulu..Kurang la ralatnya..

InsyaAllah, minggu last pantang, blik ke Pandan Indah semula, dah kena start practice letak Fateh dan adik , Saifuddin ke nursery... :( sob2...
Dan..ummi kena masuk balik office macam biasa... owh..tidak... sedihnya nak meninggalkan anak2.

Nak buat macammana, buat masa ni company hanya bagi 60 hari maternity leave..
Tup-tup, masa Bajet 2011 yg PM baru bentang lepas, kakitangan kerajaan BOLEH (bukan wajib) ambik cuti bersalin selama 90 hari...atau 300 hari cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan. huuff22,, jeles.. dan effective by date.. jeles kat biras saya, dia staf Hospital Sungai Buloh.. Dia akan bersalin bulan 11 ni.

Dan, dah ada suara2 kawan2 dan cadangan nak ajak buat petisyen mintak company bagi 90 hari cuti bersalin.. :) Hm..kalau kat UK..siap bagi 6 bulan lagi..

Oh..sangat cepat masa berlalu.. 60 hari tu rasa macam 30 hari ja.. :( Seriously..
Dulu masa berpantang kat Fateh rasa lambatnya masa berjalan. Tapi kali ni rasa cepat, sebab kelam-kabut nak buat macam2 benda setiap hari. Selain kena jaga Saifuddin, si abang Fateh pun kena bagi perhatian jugak..

Seronok dapat mengasuh Fateh sepanjang cuti pantang ni..Fateh dah banyak progres/development. Dah banyak vocabulary dia yg dah improve. dan , dah boleh cakap dalam bentuk ayat ringkas.. "Adik tidoq.." "jom naik atas".. "Abiy mana?"
Dan, dah boleh sikit2 nyanyi lagu ABC.. mana taknya, tiap2 hari pasang video youtube tu.. :)
Fateh, alhamdulillah, tak kasar dengan adik dia. Cuma, kalau masa dia nak perhatian kita, kalau tak dilayan, dia akan buat2 (macam acah-acah) pegi sentuh Saifuddin.. Mesti kita risau takut dia cubit.. So, waktu tu mau tak mau kena la penuhi permintaan fateh kejap.

Saifuddin pun ada progress.. dah boleh senyum2, boleh bual2 sikit 'Acoo..acoo..' :)

Hm.. memang ni lah nikmat dan rezeki anak... Seronok tengok telatah anak dan puas anak-anak membesar depan mata.. Tengok perubahan dan improvement dia dari masa ke semasa.. Dapat asuh anak-anak sendiri... :)

Owh..cuti ku cuma 60 hari saja.. Nak ambik unpaid leave..sangat berisiko tinggi ketika ini...

Pada pendapat saya,bagus kalau cuti 90 hari ni, maksudnya baby lebih kurang umur 3 bulan. Badan dah tegap dan mantap sikit untuk ditinggalkan kat nursery atau pengasuh/nanny. Kita pun rasa confident sikit kita nak letak. Tapi, bukan 100% la confident, masih kena berhati-hati dengan keselamatn baby yang sangat 'fragile'.

Hubungan ibu dan anak makin erat. Ibu dapat berehat , maklumlah bersalin memang stress dan sakit, orang tua-tua kata putus 1000 urat. Makan masa nak pulih balik.

Malaysia neagara Asean yang masih sikit cuti bersalinnya..
Cuba baca petisyen NUBE , kat situ dia ada letak kebaikan atau faedah cuti 90 hari..

Tetapi.. sebenarnya cuti 90 hari yang kerajaan bagi tu..hanya boleh diambil kalau anaknya 3 sahaja. Tengok pendapat-pendapat kaum ibu ni..

Takpelah.. yang nyata di tempat saya bertugas..masih 60 hari cuti bersalin.. back to normal..
Buat masa ni, rezeki keluarga di situ. Demi anak2 kesayangan, tabahkan hati yer.. :)

Maka...bersiap-sedia lah dari sekarang, wahai Ummufateh untuk masuk balik office itu..
Bersedia lah wahai fizikal, emosi dan mindaku .. untuk kembali meninggalkan permata-permata hatiku untuk diasuh oleh cikgu-cikgu nurseri..

Positive..postive... dan , ya Allah, kau peliharalah keselamatan anak-anakku, Muhammad Alfateh dan Saiffuddin Qutuz sepanjang ku bekerja dan juga setiap masa dan bila-bila pun..

AMEEN..

Tuesday, August 17, 2010

Berhibur sambil mendidik.. :)

Anak teruna saya, Fateh , dia boleh berjalan umor 11 bulan, kira awal jugak la. Memanjat , berlari, sbb badan dia ringan..huff.,.. mmg mencabar minda ummi & abiy n cikgu2 nursery.
Tapi, orang2 tua kata, kalau boleh jalan laju, cakapnya lambat sikit nak boleh.

Jadi, risau jugak Fateh lambat cakap. Tapi, dia boleh mumbling n ajuk start umo setahun setengah.

Dan, ummi n abiy dapat detect, dia byk belajar becakap kat nursery. Mungkin sbb 'exposure' dgn kawan2 sebaya dia ygn dia boleh berlatih communicate.
Dan, fateh jugak bayak belajar sebut perkatan masa menyanyi.


  • Mula2, nursery dok pasang DVD Upin Ipin.. kat situ dia mula la..sikit2.. Upin Ipin.. Upin Ipin.. balik umah ja..Upin Ipin..

  • Then, mak mertua bagi DVD Anakku sayang.. Tiap2 hari fateh akan nanyi 'SYABAS>>SYABAS>>' itu je lah.. sampai gaduh2 nak pasang CD tu ja , kalau blk rumah..

  • Then, abiy pulak beli CD Maher Zain.. lagu yang Fateh minat .. Barakallah.. dok pasang dalam keta.. habis je lagu tu.. "lagi..lagi".. owh, sepanjang jalan dengr lagu tu 5-6x..



  • Then, beli CD Ana Muslim.. :)Satu untuk rumah, dan Ummi pun dah pass satu copy kat nursery, yang original tau.. Mmg itu lah feveret nasyid budak2 tu skarang.. :)


Alhadmullilah.. lagu2 dia mmg best! Ummi plng suka lagu Allah Raja Manusia..
banyak la unsur pendidikan dan tarbiyyah melalui lagu2 nasyid animasi ni..

So, inilah modal ummi kalau nak buat kerja rumah skarang ni, pasang CD Ana Muslim .. :)

Enjoy and have fun!




Monday, August 16, 2010

SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN 1431H

Alhamdulillah, hari ni masuh 7 Ramadhan 1431H. Ummi berpuasa penuh setakat ni.
:) berdebar jugak sebenarnya nak melalui Ramadhan kali ni..

Pelbagai persoalan 'flying in my mind'.. :)

1. Takut tak larat berpuasa, maklumlah mengandung 8-9 bulan.
orang kata org preggy selalunya 2nd trime yg 'tough' n 'fit'.
Alhamdulillah, dgn pertolongan Allah, ummi tak 'miss' sehari puasa lagi

2. takut nak bersalin..
Even dah second time pregnancy, rasa mcm 1st time pulak mengandung. Kuat n tahan sakit kah ummi.. ? :) Ya Allah, permudahkan segala urusanku..

3. Takut tak sempat handover keja..
Projek tengah 'peak' skarang ni.. nak masuk FDRC la, kena prepare ITB la, SOW la blabla ini.. Ya Allah, sempatkanlah ummi siapkan keja.. jgn jadikan penat mengandung sbg alasan keja xsiap. Fitnah tu!


By the way, dlm sibuk kejar urusan dunia, jgn la lupa urusan akhirat, tambah2 bulan yg sgt2 dimuliakan Allah ni. alhamdulillah, dah masuk 7 Ramadhan 1431H. Kena kuatkan lagi azam untuk hiasi Ramadhan kali ni dgn amaln2 yg Allah janjikan pahala yg berlipat ganda.. Tapi, yg penting, keampunan Allah yg kita lebih harapkan.

Sedikit selitan ayat Quran dan hadis-hadis sebagai pemangkin diri dan motivasi untuk menghiasi Ramdhan kareem kali ini..
  • Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
    "Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
    RAMADHAN
    ر= رضوانالله (Keredaan Allah)
    م= مغفرة الله (Keampunan Allah)
    ض= ضمان الله (Jaminan Allah)
    ا= الفة الله ( Kejinakan Allah)
    ن = (Anugerah Allah)

    Keredaan Allah: (bagi orang yang taat)
    Keampunan Allah: ( bagi orang yang maksiat)
    Jaminan Allah: ( bagi orang yang taat)
    Kejinakan Allah: (bagi orang yang tawakkal)
    Anugerah Allah : ( bagi orang yang benar)

    Petikan buku fadilat bulan Ramadhan Budiman Radzi)
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)


SELAMAT MENGHIASI & MENGHIDUPKAN RAMADHAN..

RAMADHAN KAREEM..