World of Ummu Fateh...
Segala nya bermula di sini....
Monday, February 20, 2012
Orang buat bisnes, kita pun sibuk nak bisnes..
jual macam2..
Setakat ni, jual..
1. Jubah, blouse nursing.
2. Islamic books
3. makanan minda & kesihatan --> coklat minda
4. pakaian kanak-kanak.
5. brooch..
Next.. hm..tak sure lagi..
tapi my ultimate goals..sentiasa membara..nak bukak Kedai Kek/ bakery...
InsyaAllah.. one day..one day..
skarang ni masih kena bergelumang dgn dunia konkrit instead of tepung kek.. :P
jemputlah ke kedai baju saya.. tapi atas Facebook lagi..
nanti saya bukak blog..LIESYA ATTIRE... okie dokie..
ketahui bahawa sesungguhnya perniagaan itu 9/10 daripada sumber pendapatan..
Wednesday, January 4, 2012
Happy New Year 2012
Lama tak update blog, sibuk teramat.
SEkarang baru pasang Unifi kat rumah, jadi, ambik kesempatan ni, kalau tak rugi pasang tapi tak manfaatkan kemudahan (jangan bazir duit..kay)..
Orang sekarang kurang menulis, dah berubah kepada V-log.. video blog.
jadi, saya xrajin buat video, malah blog menulis pun tak rajin.
jadi, saya rajin watching video ja..
So, saya mulakan share satu video kelakar unsur nasihat dari budak-budak pondok di Indon..
Selamat mencapai & berusaha menjalankan resolusi utk tahun ini..
Pray for a great,happy, prosperous & blessed year ahead... ameen
Saturday, August 20, 2011
SALAM RAMADHAN 1432H
Monday, July 25, 2011
Trip to Bintulu : Day 2
Second day , pegi BCOT plant, melawat tapak /site yang contractor tengah handle buat soil investigation. Pegi plant pakai baju kuning BERSIH coverall siap-siap dari hotel.
Kat area yang ada plant-plant, port naik platform ke offsore, tempat fabrication yard, contoh Bandar Bintulu, Pasir Gudang, Labuan, Kerteh, Sungai Udang, dah jadi budaya orang pakai baju coverall saja-saja dari rumah ke tempat kerja. Takpun kat kedai makan pun pakai baju coverall.
Kalau kat KL saja2 pegi office pakai coverall kuning, mau orang gelak.
Kalau Petronas, kaler kuning. Vendor selalunya kaler hijau gelap (kaler seluar sekolah menegah). Kalau shell kaler Oren. Ada jugak company yang pakai kaler biru, merah. Hitam dengan putih ja yang tak pernah dijumpai.
Tengah semangat – baru pagi
Puan Farah dah penat- ni tengah hari dah
Tengah hari, CSR bawak pegi makan nasi Beriyani Gam .
Petang sambung balik kerja. Silap pegi langkah parit besar, tak jatuh, tapi silap landing. Tak sakit.Pegi site tepi pantai, tengok contractor buat keja lagi.
Inilah proposed site kat tepi pantai- luar pagar BCOT. Rugi tak bawak pancing
En Nadzri bagitau, kat Bintulu best kalau pegi mincing. Ikan kerapu, udang galah. Ikan fresh2.
Malam, penat lah sudah. Tak larat keluar makan dan lepak2 dengan kawan semalam. So, kirim lah kar Farrah, nasi lalapan ayam. Farrah kuar dengan ex-housemate dia malam tu.
Sangat excited nak tau rupanya. Farrah punya la promote nasik lalapan ni, dari mengandung lagi dia dok teringin makan nasik ni. Dulu Farrah penah attached Bintulu , dalam 3 bulan. Jadi, pegi Bintulu, dia pun dapat melepaskan rindu kat Nasi lalapan dia.
Rupa-rupanya..
Macam nasik ayam penyet orang jawa, yang selalu saya beli kat Ampang Park dan Wong Solo.
Tapi, lain sikit, dia tak se-crunchy @ rangup macam nasik ayam penyet la dan takdak kriuk-kriuk atau habuk-habuk goring tu. Boleh tahan rasa dia.. sedap.
Nasik lalapan ada rasa unik tersendiri.
Nak cuba?
Datang Jak Sarawak! ( macam iklan 1malaysia pulak)
Wednesday, July 20, 2011
Trip to Bintulu: Day 1
Tuesday, June 14, 2011
R&R Di Lebuhraya Kehidupan
Monday, June 13, 2011
Happy 3rd Birthday, Fateh!
Alhamdulillah, 10 Jun 2011, genap 3 tahun anak sulung teruna saya, Muhammad Alfateh.