Monday, February 20, 2012

Orang buat bisnes, kita pun sibuk nak bisnes..

That's true.. jual apa?
jual macam2..


Setakat ni, jual..

1. Jubah, blouse nursing.
2. Islamic books
3. makanan minda & kesihatan --> coklat minda
4. pakaian kanak-kanak.
5. brooch..

Next.. hm..tak sure lagi..

tapi my ultimate goals..sentiasa membara..nak bukak Kedai Kek/ bakery...

InsyaAllah.. one day..one day..

skarang ni masih kena bergelumang dgn dunia konkrit instead of tepung kek.. :P

jemputlah ke kedai baju saya.. tapi atas Facebook lagi..

nanti saya bukak blog..LIESYA ATTIRE... okie dokie..


ketahui bahawa sesungguhnya perniagaan itu 9/10 daripada sumber pendapatan..

Wednesday, January 4, 2012

Happy New Year 2012

Happy New Year 2012.

Lama tak update blog, sibuk teramat.

SEkarang baru pasang Unifi kat rumah, jadi, ambik kesempatan ni, kalau tak rugi pasang tapi tak manfaatkan kemudahan (jangan bazir duit..kay)..

Orang sekarang kurang menulis, dah berubah kepada V-log.. video blog.
jadi, saya xrajin buat video, malah blog menulis pun tak rajin.

jadi, saya rajin watching video ja..

So, saya mulakan share satu video kelakar unsur nasihat dari budak-budak pondok di Indon..

Selamat mencapai & berusaha menjalankan resolusi utk tahun ini..


Pray for a great,happy, prosperous & blessed year ahead... ameen

Saturday, August 20, 2011

SALAM RAMADHAN 1432H

Cepat masa berlalu, dah masuk fasa ke-3 Ramadhan. Ayuh diriku, jangan berputus asa mengintai Lailatul Qadr.





Monday, July 25, 2011

Trip to Bintulu : Day 2

Second day , pegi BCOT plant, melawat tapak /site yang contractor tengah handle buat soil investigation. Pegi plant pakai baju kuning BERSIH coverall siap-siap dari hotel.

Kat area yang ada plant-plant, port naik platform ke offsore, tempat fabrication yard, contoh Bandar Bintulu, Pasir Gudang, Labuan, Kerteh, Sungai Udang, dah jadi budaya orang pakai baju coverall saja-saja dari rumah ke tempat kerja. Takpun kat kedai makan pun pakai baju coverall.

Kalau kat KL saja2 pegi office pakai coverall kuning, mau orang gelak.

Kalau Petronas, kaler kuning. Vendor selalunya kaler hijau gelap (kaler seluar sekolah menegah). Kalau shell kaler Oren. Ada jugak company yang pakai kaler biru, merah. Hitam dengan putih ja yang tak pernah dijumpai.

Tengah semangat – baru pagi


Puan Farah dah penat- ni tengah hari dah


Tengah hari, CSR bawak pegi makan nasi Beriyani Gam .

Petang sambung balik kerja. Silap pegi langkah parit besar, tak jatuh, tapi silap landing. Tak sakit.Pegi site tepi pantai, tengok contractor buat keja lagi.


Inilah proposed site kat tepi pantai- luar pagar BCOT. Rugi tak bawak pancing


En Nadzri bagitau, kat Bintulu best kalau pegi mincing. Ikan kerapu, udang galah. Ikan fresh2.

Malam, penat lah sudah. Tak larat keluar makan dan lepak2 dengan kawan semalam. So, kirim lah kar Farrah, nasi lalapan ayam. Farrah kuar dengan ex-housemate dia malam tu.

Sangat excited nak tau rupanya. Farrah punya la promote nasik lalapan ni, dari mengandung lagi dia dok teringin makan nasik ni. Dulu Farrah penah attached Bintulu , dalam 3 bulan. Jadi, pegi Bintulu, dia pun dapat melepaskan rindu kat Nasi lalapan dia.

Rupa-rupanya..



Macam nasik ayam penyet orang jawa, yang selalu saya beli kat Ampang Park dan Wong Solo.

Tapi, lain sikit, dia tak se-crunchy @ rangup macam nasik ayam penyet la dan takdak kriuk-kriuk atau habuk-habuk goring tu. Boleh tahan rasa dia.. sedap.

Nasik lalapan ada rasa unik tersendiri.

Nak cuba?

Datang Jak Sarawak! ( macam iklan 1malaysia pulak)

Wednesday, July 20, 2011

Trip to Bintulu: Day 1

Last time saya pegi Bintulu awal bulan Julai 2011. Selang seminggu, mai sini lagi sebab nak settlekan isu-isu tergendala dan tak settle lai dengan kontraktor kat BCOT.

Jadi, trip kali ni, kat KLIA, tengok kedai buku teringat kat ayah and husband. So, call ayah, tanya ayah nak buku apa sebagai hadiah dapat rezeki lebih tahun ni. :)

"Dad, what kind of book do you want? Is it self-development, management or..what of kind of genre?"
"I like biography book"
"Ic..(sambil mencari-cari kat kedai..) Hm.. do you want 'The Doctor in the Haouse?"
"Hehe..No thanks.."
"haha..Ok2, ni..Obama , ok dak?"
"Ha..ok2"




Ini lah buku Bridge. hadiah utk ayah :)


Lepas tu, call suami tersayang pulak. Cik abang tengah excited dengan Robert Kiyosaki sekarang ni. So, dapat lah dua ketul buku ini.. :)


Gifts for him.. :)



Di atas awan, saya melayan dan sambung baca buku 'R&R Di Lebuharaya Kehidupan'. tak habis-habis baca lagi.. slow2 nak baca & hayati..




Melayan jiwa di awan biru..


Malam pertama sampai Bintulu, makan ikan bakar di Fishing Village, contractor belanja.
E-in yang propose. E-in ni ex-housemate kat UTP dulu.
Sambil dinner, discuss pasal apa keja nak buat esok.

Sambung lagi nanti.. )


Tuesday, June 14, 2011

R&R Di Lebuhraya Kehidupan




Seakarang saya tengah baca buku ni, hasil karya Ustaz Zul Ramli, yang penulis buku U-turn Ke jalan Lurus.

Gaya santai tulisan, tapi sarat dengan mutiara ilmu.

Buku kali ni banyak berkisar pada kesimbangan, balanced dalam mencari ketangan hidup.
Ada 8 daerah asas yang kita perlu seimbangkan:
1. Diri sendiri
2. Dengan Allah
3. Dengan Rasulullah
4. Dengan ibu bapa
5. Dengan pasangan
6. Dengan anak-anak
7. Dengan rakan
8. Dengan masyarakat

Tak cemerlang , kalau hanya bagus satu part saja. perlu baik semua part

Antara mutiara kisah /analogi yang beri kesan:

1. Langgar lari
- Orang yang nak cepat sampai destinasi dalam keadaan terburu-buru, sampai sanggup pecut, tak peduli pengguna lain dan langgar sesiapa saja atas lebuharaya. End-up orang-orang yang dia langgar & lari ialah anak2, pasangan, ibu bapa.

2. Stop, look & Go!
stop- muhasabah
look - merancang
go- bertindak

:)

macam best kan? Apa lagi, kena beli satu la :) InsyaAllah, satu buah tangan motivasi dari Ustaz Zul Ramli yang pasti tak mengewakan . :)



















































Monday, June 13, 2011

Happy 3rd Birthday, Fateh!



Alhamdulillah, 10 Jun 2011, genap 3 tahun anak sulung teruna saya, Muhammad Alfateh.

takdak plan sangat, cuma saya teringin dan dah gatal tangan, lama tak buat kek. buat simple cuppies jer, ambik resepi mak sedara saya, mak Njang.

hehe.. comot kan kek ni.. 1st try & internal purpose.
macam orang baru belajar menulis la.. mana boleh pandai terus


Bahan-bahan:
Kek
250 g butter
1 cawan gula (cawan saiz 60z)
2 1/2 cawan tepung gandum
5 bijik telur
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu pekat

Buttercream
150 g marjerin
100 g shorthening
100g gula icing
1 sudu kecil perasa vanila
pewarna- merah & biru
1 sudu kecil perasa vanilla

Cara-caranya
Kek
1. pukul mentega dan gula sampai kembang
2. masukkan telur & pukul
3. masukkan tepung & baking powder (ayak dulu) - ini kena pukul guna tangan
4. masukkan esen vanilla dan susu pekat
5. masukkan dalam cawan cupcake. kalau cawan keras, tak perlu bekas cupcake
6.Bakar dengan suhu 180 darjah celcius, dalam 10-15 minit /sampai masak.
cucuk2 dgn lidi , kalau tak elekat tu tanda masak la

Buttercream icing
1. pukul merjerin dan shortening dan gula icing sampai kembang
2. masukkan sikit vanilla
3. asingkan dua bekas, masukkan sedikit je pewarna
4. masukkan dalam beg pipe & hias ikut kreativiti masing2.

saja nak tulis walaupun simple je resepi ni. asal nak buat kek butter ja, tepon mak Njang.
ok, ni kira log book jugak ni..hehehe

nanti nak buat cupcake chocolate cake la dgn nak decorate.

best.. memang satu therapy! :)

Ok, to anak ummi, Happy Birthday. Moga jadi anak soleh & abang yang baik!
Sayang anak-anak ummi :)
















Wednesday, May 18, 2011

Happy Teacher's Day


Salam & Good day to all.

Walaupun 16 Mei telah berlalu 3-4 hari lepas, masih belum terlmabat nak ucap Selamat hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia.



Specially wished to cikgu-cikgu, ustazah, ustaz yang pernah mendidik saya :
- Taska Sungai Layar: 1987
-Taski Taman Orkid, sg petani: 1988
- SK Sg Layar:1989
- SRK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra: 1990-1993
- SK Guar Lobak , Padang serai :1993-1994
- SMK Sultam Badlishah, Kulim : 1995-1999
- UTP : 2000-2005

Terima kasih banyak2 tidak terhingga atas kesabaran & kesungguhan kalian mendidik daku yang nakal ini :)

Itu yang pengajian formal. Yang tak formal banyak jugak.
-kakak-kakk fasilitator Summer Camp : 1991 & 1993
- kakak2 fasi Khemah Ibadah
- Fasi Kem Motivasi USM
- naqib, naqibah :)
- ustaz2 & ustazah di masjid2

terima kasih atas butir-butir ilmu yang jauh lebih berharga dari butir intan permata (ofcoz lagi mahal dari public gold bar :P)

Ilmu ni, lagi kita beri, lagi bertambah.
tak macam harta, lagi beri lagi kurang. Tapi itu kalau tak invest utk sampai ke akhirat, mmg nampak kurang.

Saya jugak nak ucap Selamat hari Guru buat cikgu-cikgu nursery Mukmin Best dan tadika tahfiz Laman Mukmin, Taman Kencana, yang sudi mengajar , mengasuh , mendidik buah hati saya, Fateh dan Saifuddin. jasa kalian, hanya Allah yang balas nya.

Teristimewa jugak nak ucap Selamat Hari Guru kepada guru pertama saya di dunia, ayahanda Ahmad Zaki Yuddin, insan pertama yang mengiqamatkan ke telinga saya 29 tahun lalu. Ayah banyak mengajar saya erti-erti hidup, ilmu agama & mcm2 ilmu lagi buat kami adik-beradik utk terus hadapi ranjau kehidupan.

Juga bonda Maziah , guru paling rapat yang membentuk peribadi, fikrah saya sehinga sekarang. Mama banyak mengajar ilmu-ilmu dan banyak ilmu.. yang xdapat disebut.

Juga buat ibu mertua ku, Pn Fuaziah, makcik2 pakcik2, sepupu & sanak sauadara & rakan-rakan ku yang menceburi profesyen perguruan samada formal atau tidak formal.

Mungkin dalam post yang akan datang.

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].


Akhir kata, hanya Allah saja yang dapat balas jasa kalian.



Tuesday, February 8, 2011

Ada apa dengan 9 February?

Hari ini dalam sejarah.

Lahirnya ulama Islam moden tersohor, Syeikh Fathi Yakan. Ni lah penulis buku yang tulis buku haraki mula-mula saya khatam , "Apa Ertinya Saya Memeluk Islam." Sebenarnya bukan peluk saja, tapi anut dan amalkan Islam. Buku nilah yang membuka mata dan beri kesedaran pada saya tentang kewajipan mengamalkan Islam dalam segenap sudut dan seluruh kehidupan, bukan takat solat, puasa, zakat dan haji saja.

Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan Almarhum bersama-sama golongan soleh dan mujahidin. Ameen..

Petikan dari email yang di-forward sahabat.

Perginya seorang Ulama Islam: Syaikh Fathi Yakan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl_f9v3sea4GVjPJb2nnxy37WVASFMeWJ_ziQW2vbx2sqs5CcWgLOjphA_hyQSq6TvaiWxagb_CvREIUW1kqL7w_H-Qhqa_NSxMps2s6dRY4FN6RXjSmIYZmrNAXYAB4WKJ4pArQDEEM-j/s200/Fathi+Yakan.jpg

Umat Islam kembali kehilangan pejuangnya, Syaikh Fathi Yakan. Beliau meninggal pada hari Sabtu (13/06/2009) karena kondisi kesehatannya yang sudah menurun. Pemimpin Front Amal Islam di Lebanon ini merupakan tokoh pergerakan Islam yang karyanya banyak menjadi referensi para aktivis

Syaikh Fathi Yakan lahir di Tripoli pada 9 Februari 1933 dan di tempat kelahirannya pula jasadnya dimakamkan. Pria yang sudah mengarang lebih dari 35 buku yang diterbitkan ke berbagai bahasa tersebut meninggalkan empat orang putri dan satu orang putra.

Selain dikenal sebagai aktivis yang memiliki hubungan dekat dengan Ikhwanul Muslimin Mesir, pemegang gelar doktor ini juga terlibat aktif dalam beberapa misi perdamaian. Diantaranya adalah pada 1998-1999 dia bertindak sebagai mediator dalam proses perdamaian antara Syiria dengan Turki.

Ia sempat bekerja di Libanon pada pertengahan tahun 1950-an dan kemudian menjadi pelopor dalam pembentukan gerakan Islam. Ulama yang produktif menulis ini sempat terpilih menjadi anggota pada tahun 1992. Bukunya 'Ihdzarû Al-Aids Al-Harakî (1989), menulis secara khusus kehancuran harakah (gerakan dakwah) di Libanon yang fenomenanya dirasakan hampir sama di beberapa negeri Muslim.

Buku-bukunya yang juga menjadi rujukan para aktivis. Diantaranya; Asas-Asas Islam, Komitmen Muslim Sejati, Robohnya Dakwah di Tangan Dai, Yang Berjatuhan di Jalan Da'wah, Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam, Prinsip-prinsip Gerakan Islam, Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Islamic Movement: Problems and Prospectives, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati.

Pendiri majalah al-Aman ini pernah memimpin demo besar-besaran untuk menjatuhkan PM Fuad Siniora yang menjadi "kaki tangan" Amerika. Ia juga memberi dukungan pada Gerakan Hizbullah, Libanon untuk melawan Israel. Pada 8 Desember 2006, Syaikh Yakan mengimami jamaah shalat Jumat Sunni dan Syiah sebagai simbol persatuan melawan PM Siniora.

Dalam kunjungannya ke Iran pada tahun 2007 dalam pakta pertahanan Arab dan Iran, Syaikh Yakan mengatakan, "Umat Islam seluruh dunia harus bersatu untuk melawan ancaman, agresi dan rencana jahat rezim Amerika Serikat dan Israel." Dalam pertemuan itu, pejabat Lebanon juga memandang pentingnya pembentukkan gerakan perlawanan Islam yang anggotanya terdiri dari Syiah dan Sunni serta memperkuat perlawanan Islam di Irak.

Dalam karyanya yang berjudul Madzâ Ya'nî Intimâ`i lil Islâm, beliau menguraikan mengenai tiga jenis manusia: Pertama, manusia yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Kedua, manusia yang dalam hidupnya kehilangan pedoman, lalu kemudian melakukan penyimpangan dan kesesatan. Ketiga, manusia yang menganggap dunia ini sebagai ladang amal untuk di akhirat kelak.

Semoga kita semua masuk ke dalam golongan yang ketiga dan semoga Allah membalas segala amal Syaikh Fathi Yakan. Ilâhi Âmîn.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Al-Marhum Syeikh Fathi Yakan


Thursday, February 3, 2011

Kenapa Ummu Fateh? Dah tu Saifuddin letak mana?

Pernah sorang sahabat saya tengok gmail address saya, alamatnya nama ummufateh.
Kata kawan saya tadi, sian baby baru (Saifuddin), nama fateh jugak dikekalkan..
Saya sengih jer, sebab faham, kawan tu saya ngusik, sebab mustahil sbb shabat saya tu lagi banyak ilmu dari saya.

Adik ipar pun penah tegiur, "Chey, nak jadi cam nama orang arab.. ummu itu, ummu ini.. abu itu, abu ini.."
Saya bagitau, sebenarnya sunnah letak nama gelaran ibubapa tu diberi jollokan dengan nama anak paling besar (sulung).

Meh saya share maksud Hadis tu..

Diriwayatkan dari Abu Syuraih bahawa pada asalnya dia bernama Abul Hakam, maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya:
"Sesungguhnya Allah, Dialah Hakim yang memutuskan , dan hanya merujuk kepada-Nyalah semua keputusan."
Abu Syuraih berkata: "Sesungguhnya kaumku, apabila berselisih pendapat tentang sesuatu perkara mereka datang kepadaku,maka aku putuskan perkara itudiantara mereka hingga mereka rasa puas."
Nabi s.a.w bertanya: "Alangkah bbaiknya sikapmu itu, tetapi berapa anakmu?"
Aku (yakni Abu Syuraih) menjawab: "Syuraih, Muslim, dan 'Abdullah."
Nabi s.a.w bertanya : "Siapakah yang paling besar di antara mereka?"
Aku menjawab : "Syuraih!"
Nabi s.a.w bersabda: "Kalau begitu, kamu adalah Abu Syuraih (bapaknya Syuraih)".
Syuraih berakar dari syarh, ertinya lapang dada. Allah s.w.t telah berfirman kepadanya nabi-Nya:
"Bukankah Kami telah melapangkan unutkmu dadamu?" (QS:Alam Nasyrah (94):1)

(Abu Dawud, Kitabu; Adab 4304 dan Nasa'i, Kiab Adabul Qadha', 5292)

*petikan dari Buku Tahapan mendidik Anak, Teladan Rasulullah, m/s 72
Terbitan Irsyad Baitus Salam, Bandung Indonesia, 1421H/2000M



Pendek kata tadi, begini, Nabi penah tegur sahabatnya, Abu Syuraih. Dulu Abu Syuraih orang panggil Abul Hakam, sedangkan Allah saja yang layak dengan gelaran Hakam tu.
Ni disebabkan Abul Hakam pandai menyelesaikan masalah kaum dia sampai dia diberi nama jolokan Abul hakam.
Jadi, nabi tanya apa nama anak-anaknya dia. Abu Syuraih pun bagitau, nama anak dia Syuraih, Muslim dan Abdullah. Nabi tanya lagi, sapa yang paling besar dikalangan 3 orang anak tu.
Jawabnya, Syuraih. jadi, Nabi pun gelar sahabat tadi dengan gelaran Abu Syuraih.

:) Buku ni dihadiahkan oleh ayah saya. Ayah beli banyak2 masa ziarah ke Acheh masa saya mengandung Saifuddin dulu. Baru baca Tahap 1 buku ni :) lagi 2 bab tak abes baca lagi.
Takpa, ustaz saya bagitau, beli buku banyak-banyak takpa kalau tak habis baca. Janji, masa nak rujuk tu, ada dalam simpanan.

OK, so.. dah dapat kan lesson learnt from this story.. ? :)
Ibu bapa disunaatkan letak nama gelaran guna nama anak paling besar ...
So..jadilah Ummu Fateh, Abu Fateh :)

Saifuddin dan bakal adik-adik jangan terasa yer.. :) (aiitt..lambat lagi..doakan ...)


Tuesday, February 1, 2011

InshaAllah by Maher Zain (Malay version)

Maher Zain Live in Concert

Tak lama lagi akan ada konsert Maher zain -Live in Concert di Stadium Melawati, shah alam. Tarikh 25 & 26 hb februari 2011. Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma.
InsyaAllah, takda aral melintang sampailah ke sana. :)

Pada yang belum dapat tiket sila ke link ni


InshaAllah versi BM

Sehari dua ni, heboh kejap lagu InshaAllah versi B.Malayu nyayian maher Zain sendiri kat Youtube & Facebook. Not bad, sebutan tak pelat, tapi sengau arab dia tu tetap ada :)
Selama ni macam2 version yang peminat translate seniri dan upload video nyanyian senidiri... owhhhh.. tak tahan.. mcm2 gaya..



Sebelum ni, muda-mudi Malaysia dilanda demam "My heart". Macam2 version lagu video clip dan lagu diabuat.. plani kelakar Pecinta wanita versi Kelate.

Nak menunjukkan anak muda-mudi ni sebenarnya kreatif. Boleh translate lagu, gubah/edit video sendiri.

Jadi, alhamdulillah, dengan kemunculan lagu-lagu Maher zain yang berunsur nasihat, motivasi dan ketuhanan, at least tak la merepek-merepek sangat jadinya, malah dijadikan motivasi pada pendengar.

Fateh pun dah pandai.. "InshaAllah..ada jalanNya....."

OK, Jom layan... terimalah




Lirik InshaAllah versi BM

Andainya kau rasa tak berupaya

Hidup sendirian tiada pembela

Segalanya suram bagai mlm yg kelam
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insyaallah3 ada jalannya2

Andainya doasamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insyaallah3 ada jalannya2

Kembalilah….kepada Yang Esa
Yakin padanya panjatkanlah doa
Oh ya allah pimpinlah daku dr tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yg benar
Jalan yg benar..Jalan Yang benar

Insyaallah3x..ada jalannya2

Monday, January 17, 2011

Wednesday, October 20, 2010

Cuti oh cuti... Cutiku dah nak habis..

Salam,


Lamanya xberblogging..Rasa dan semangat tu dah ada, especially masa pantang. Tapi, masa pantang elok berehat dulu, jangan berat2kan fikiran, bagi saraf rehat betul2 sebelum kembali meneruskan kerja dan kehidupan baru bermula...

Jadi, sepanjang pantang, belek FB je la. kurang membaca dan meneliti benda2 halus. kalau ikutkan nak khatam jugak novel, tapi tu lah, saya ambil pendekatan rehat dulu saraf.

Oh ya, tak lupa juga...sepanjang cuti pantang ni, disebabkan tak boleh membaca sangat, jadi saya habiskan menonton (baca: layaaan) Sinetron Ketika Cinta Bertasbih- Ramadhan Special.
Best sangat.. Dia sambungan dari Movie Ketika Cinta Bertasbih & Ketika Cinta Bertasbih 2.
Ada 56 episod semuanya, pak sedara download kat jiwang, tapi saya copy jer..Saya dah layan 50 episod.. cepat2...

Amboi, cerita pasal sinetron, lupa pulak nak perkenalkan ahli keluarga baru kami...
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak kedua, seorang putera, insyaAllah bakal mujahid, bernama .. Saifuddin Qutuz Althaqif bin Shahruzzaman. Lahir pada 2 September 2010 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431H, jam 5.30petang di Hospital Pusrawi , KL. Cepat sangat bukaan terbuka, kali ni cuma 3 jam saja tahan kat Labor Room, maka lahirlah Saifuddin.

Panjangkan nama Saifuddin.. :) nanti saya cerita di lain masa asal-usul dipilih nama ni.
Yang best nya, ayah saya panggil Saifuddin ni Muhammad Ramadhan.. :) takpalah, Ramadhan tu mungkin jadi nama timangan tokwan Penang :)

3 hari kena tahan di hospital. kemudian, 4 hari kemudian sempat berpantang di rumah mertua sebelum pulang pantang di Penang. Hari ke 40, balik semula ke KL & Shah Alam... sampai sekrang masih di Shah Alam.

Raya Aidilfitri pun berpantang.. dan..huhu..sangat menggugat keimananku.. rasa nak ja menelan lemang , ketupat palas banyak2..Tapi kena sabar,, tak boleh makan sembarangan sebab tengah pantang n takut2 angin pulut masuk ke susu dan perut baby kembung pulak..
Dan.. history...Tak langkah langsung ke Open House hari raya.. terror dak? :P Kira, raya kali ni terselamat dari menambah berat badan.. :)

Tapi, mujur sebelum bersalin tu dah 'bantai' siap2 semua tu.. Beli kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Kiranya sempat la meraya dulu..Kurang la ralatnya..

InsyaAllah, minggu last pantang, blik ke Pandan Indah semula, dah kena start practice letak Fateh dan adik , Saifuddin ke nursery... :( sob2...
Dan..ummi kena masuk balik office macam biasa... owh..tidak... sedihnya nak meninggalkan anak2.

Nak buat macammana, buat masa ni company hanya bagi 60 hari maternity leave..
Tup-tup, masa Bajet 2011 yg PM baru bentang lepas, kakitangan kerajaan BOLEH (bukan wajib) ambik cuti bersalin selama 90 hari...atau 300 hari cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan. huuff22,, jeles.. dan effective by date.. jeles kat biras saya, dia staf Hospital Sungai Buloh.. Dia akan bersalin bulan 11 ni.

Dan, dah ada suara2 kawan2 dan cadangan nak ajak buat petisyen mintak company bagi 90 hari cuti bersalin.. :) Hm..kalau kat UK..siap bagi 6 bulan lagi..

Oh..sangat cepat masa berlalu.. 60 hari tu rasa macam 30 hari ja.. :( Seriously..
Dulu masa berpantang kat Fateh rasa lambatnya masa berjalan. Tapi kali ni rasa cepat, sebab kelam-kabut nak buat macam2 benda setiap hari. Selain kena jaga Saifuddin, si abang Fateh pun kena bagi perhatian jugak..

Seronok dapat mengasuh Fateh sepanjang cuti pantang ni..Fateh dah banyak progres/development. Dah banyak vocabulary dia yg dah improve. dan , dah boleh cakap dalam bentuk ayat ringkas.. "Adik tidoq.." "jom naik atas".. "Abiy mana?"
Dan, dah boleh sikit2 nyanyi lagu ABC.. mana taknya, tiap2 hari pasang video youtube tu.. :)
Fateh, alhamdulillah, tak kasar dengan adik dia. Cuma, kalau masa dia nak perhatian kita, kalau tak dilayan, dia akan buat2 (macam acah-acah) pegi sentuh Saifuddin.. Mesti kita risau takut dia cubit.. So, waktu tu mau tak mau kena la penuhi permintaan fateh kejap.

Saifuddin pun ada progress.. dah boleh senyum2, boleh bual2 sikit 'Acoo..acoo..' :)

Hm.. memang ni lah nikmat dan rezeki anak... Seronok tengok telatah anak dan puas anak-anak membesar depan mata.. Tengok perubahan dan improvement dia dari masa ke semasa.. Dapat asuh anak-anak sendiri... :)

Owh..cuti ku cuma 60 hari saja.. Nak ambik unpaid leave..sangat berisiko tinggi ketika ini...

Pada pendapat saya,bagus kalau cuti 90 hari ni, maksudnya baby lebih kurang umur 3 bulan. Badan dah tegap dan mantap sikit untuk ditinggalkan kat nursery atau pengasuh/nanny. Kita pun rasa confident sikit kita nak letak. Tapi, bukan 100% la confident, masih kena berhati-hati dengan keselamatn baby yang sangat 'fragile'.

Hubungan ibu dan anak makin erat. Ibu dapat berehat , maklumlah bersalin memang stress dan sakit, orang tua-tua kata putus 1000 urat. Makan masa nak pulih balik.

Malaysia neagara Asean yang masih sikit cuti bersalinnya..
Cuba baca petisyen NUBE , kat situ dia ada letak kebaikan atau faedah cuti 90 hari..

Tetapi.. sebenarnya cuti 90 hari yang kerajaan bagi tu..hanya boleh diambil kalau anaknya 3 sahaja. Tengok pendapat-pendapat kaum ibu ni..

Takpelah.. yang nyata di tempat saya bertugas..masih 60 hari cuti bersalin.. back to normal..
Buat masa ni, rezeki keluarga di situ. Demi anak2 kesayangan, tabahkan hati yer.. :)

Maka...bersiap-sedia lah dari sekarang, wahai Ummufateh untuk masuk balik office itu..
Bersedia lah wahai fizikal, emosi dan mindaku .. untuk kembali meninggalkan permata-permata hatiku untuk diasuh oleh cikgu-cikgu nurseri..

Positive..postive... dan , ya Allah, kau peliharalah keselamatan anak-anakku, Muhammad Alfateh dan Saiffuddin Qutuz sepanjang ku bekerja dan juga setiap masa dan bila-bila pun..

AMEEN..

Tuesday, August 17, 2010

Berhibur sambil mendidik.. :)

Anak teruna saya, Fateh , dia boleh berjalan umor 11 bulan, kira awal jugak la. Memanjat , berlari, sbb badan dia ringan..huff.,.. mmg mencabar minda ummi & abiy n cikgu2 nursery.
Tapi, orang2 tua kata, kalau boleh jalan laju, cakapnya lambat sikit nak boleh.

Jadi, risau jugak Fateh lambat cakap. Tapi, dia boleh mumbling n ajuk start umo setahun setengah.

Dan, ummi n abiy dapat detect, dia byk belajar becakap kat nursery. Mungkin sbb 'exposure' dgn kawan2 sebaya dia ygn dia boleh berlatih communicate.
Dan, fateh jugak bayak belajar sebut perkatan masa menyanyi.


  • Mula2, nursery dok pasang DVD Upin Ipin.. kat situ dia mula la..sikit2.. Upin Ipin.. Upin Ipin.. balik umah ja..Upin Ipin..

  • Then, mak mertua bagi DVD Anakku sayang.. Tiap2 hari fateh akan nanyi 'SYABAS>>SYABAS>>' itu je lah.. sampai gaduh2 nak pasang CD tu ja , kalau blk rumah..

  • Then, abiy pulak beli CD Maher Zain.. lagu yang Fateh minat .. Barakallah.. dok pasang dalam keta.. habis je lagu tu.. "lagi..lagi".. owh, sepanjang jalan dengr lagu tu 5-6x..



  • Then, beli CD Ana Muslim.. :)Satu untuk rumah, dan Ummi pun dah pass satu copy kat nursery, yang original tau.. Mmg itu lah feveret nasyid budak2 tu skarang.. :)


Alhadmullilah.. lagu2 dia mmg best! Ummi plng suka lagu Allah Raja Manusia..
banyak la unsur pendidikan dan tarbiyyah melalui lagu2 nasyid animasi ni..

So, inilah modal ummi kalau nak buat kerja rumah skarang ni, pasang CD Ana Muslim .. :)

Enjoy and have fun!




Monday, August 16, 2010

SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN 1431H

Alhamdulillah, hari ni masuh 7 Ramadhan 1431H. Ummi berpuasa penuh setakat ni.
:) berdebar jugak sebenarnya nak melalui Ramadhan kali ni..

Pelbagai persoalan 'flying in my mind'.. :)

1. Takut tak larat berpuasa, maklumlah mengandung 8-9 bulan.
orang kata org preggy selalunya 2nd trime yg 'tough' n 'fit'.
Alhamdulillah, dgn pertolongan Allah, ummi tak 'miss' sehari puasa lagi

2. takut nak bersalin..
Even dah second time pregnancy, rasa mcm 1st time pulak mengandung. Kuat n tahan sakit kah ummi.. ? :) Ya Allah, permudahkan segala urusanku..

3. Takut tak sempat handover keja..
Projek tengah 'peak' skarang ni.. nak masuk FDRC la, kena prepare ITB la, SOW la blabla ini.. Ya Allah, sempatkanlah ummi siapkan keja.. jgn jadikan penat mengandung sbg alasan keja xsiap. Fitnah tu!


By the way, dlm sibuk kejar urusan dunia, jgn la lupa urusan akhirat, tambah2 bulan yg sgt2 dimuliakan Allah ni. alhamdulillah, dah masuk 7 Ramadhan 1431H. Kena kuatkan lagi azam untuk hiasi Ramadhan kali ni dgn amaln2 yg Allah janjikan pahala yg berlipat ganda.. Tapi, yg penting, keampunan Allah yg kita lebih harapkan.

Sedikit selitan ayat Quran dan hadis-hadis sebagai pemangkin diri dan motivasi untuk menghiasi Ramdhan kareem kali ini..
  • Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
    "Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
    RAMADHAN
    ر= رضوانالله (Keredaan Allah)
    م= مغفرة الله (Keampunan Allah)
    ض= ضمان الله (Jaminan Allah)
    ا= الفة الله ( Kejinakan Allah)
    ن = (Anugerah Allah)

    Keredaan Allah: (bagi orang yang taat)
    Keampunan Allah: ( bagi orang yang maksiat)
    Jaminan Allah: ( bagi orang yang taat)
    Kejinakan Allah: (bagi orang yang tawakkal)
    Anugerah Allah : ( bagi orang yang benar)

    Petikan buku fadilat bulan Ramadhan Budiman Radzi)
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)


SELAMAT MENGHIASI & MENGHIDUPKAN RAMADHAN..

RAMADHAN KAREEM..



Friday, July 30, 2010

Saya kembali!! Lamanya tak update!!

Assalamualaikum wrh,

Ya Allah! Mau berkarat, berhabuk blog ummufateh ni!! dah hampir 7-8 bulan... since lps anniversary punya posting tu..


Dan..alhamdulillah.. update terkini.. InsyaAllah.. Fateh akan ada adik tak lama lagi, insyaAllah boy jugak.
Mungkin dalam bulan September nnt.. insyaAllah..

+Hm.. dah masuk 32 weeks, tapi belum packing barang lagi.. adui.. beza sungguh preparation masa pregnant fateh dulu.. 7 bulan trus packing barang, prepare letak dlm kereta..

+Checklist pun tak print lagi.. tp, dah start la beli barang2 keperluan untuk berpantang nanti.. Ok2, start pack barang weekend ni..

Ni checklist hospital bag dari babycentre.com.my:
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/labourandbirth/hospitalbag/


+ Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan, ummi nak practice puasa dan cuba puasa selang sehari , kalau tak larat nak buat direct.. InsyaAllah.. Nanti saya share apa supplement yg saya ambil untuk tahan masa sepanjang hari berpuasa..

+ Malam ni baru ada appointment dgn CellSafe agen, pasal Stem Cell blood cord tu.. hm.. masih dalam pertimbangan..


Banyak jugak preparation mental, fizikal, spiritual dll nak kena buat sblm org baru tiba.. :)

Doakan moga urusan kami dipermudahkan Allah, ya... Ameen...


8 month -Fetal development


Tuesday, December 29, 2009

25th Dec 2009: Happy 3rd Anniversary!


Alhamdulillah, dah masuk tahun ke-3 ulang tahun perkahwinan Abiy & Ummi.
berkebetulan , satu dunia celebrate Krismas. hehe
dak la, bukan bangga ka, tapi jatuh pd public holiday yg confirm setuiap tahun orang akan cuti. :)

Kenapa pilih 25 Disember 2006 sbg tarikh nikah?

Alkisah... xdak menda nya.. kebetulan saja, itulah dan hanya itu sajalah tarikh public holiday yang tinggal pada tahun 2006.
Kami bertunang pada 20 Ogos 2006 (sama tarikh Siti Nurhaliza & Datuk K kawen.. cheheh..)
Jadi, ayah saya letak syarat :
i) kena nikah jugak dalam tahun 2006
ii) tempoh bertunang paling lama.. 3 bulan saja

Kebetulan (bakal) mak mertua ketika itu, ada final exam (mak ambik PJJ pendidikan khas) around tengah bulan Disember 2006 tu. cari lah tarikh.. apalagi tarikh yang free, dan mengikut syarat2 yang diletakkan ayah saya.. :)
Last2, 25 Disember 2006 lah tarikh yang selayaknya.. :)

Kalau dah Allah tentukan, sesaat, seminit, sejam dan berapa2 detik xdapat diawalkan atau ditangguhkan.. semua tu ketentuan ALLAH jua lah.. Alahmdullilah..


Kenangan 25 Disember 2006....

dengan sekali lafaz aqad saja, yang dinikahkansendiri oleh ayah..Maka, secara rasminya saya bergelar seorang isteri..

Kebaikan tarikh nikah/knuri pd 25 Disember atau tarikh2 cuti umum (1 jan & Merdeka):

1. tak perlu apply cuti nak celebrate - confirm satu malaysia & dunia cuti (melainkan on-call, shift , dsb)
2. Confirm akan ingat sampai bila2 (insyaAllah_)
3. Orang lain pun akan ingat jugak tarikh lahir annyversary kita

Keburukan :

1. Nak outting, jenjalan dengan family jadi sakit kepala, sebab confirm semua orang akan outting jugak, sebab ambik peluang cuti umum untuk keluar dan siar2.
- Cuti Krismas especially, orang2 oversea suka jalan..owh bertambah crowded di airport, KLCC, tambak johor.
-.orang2 indon, bangla, afrika pun lepak taman KLCC.. huuu...sgt xbest..
2. Tidur kurang nyenyak, sebab malam krismas di KL , orang buat countdown , lepas tu bunyi mercun..
- Malaysia dah jadi 1Malysia (memang pun).. semua festive, mesti ada mercun.. kalau xdak mercun, bukan raya namanya.. hatta deepavali.

Jadi celebrate kat mana 25/12/2009?

Ummi , Abiy & Fateh sambut kat umah jer.. kemas umah, gotomg royong.. heheh.. puas hati..
Suami mengemas rumah..dah kira hadiah la tu.. :) TQ abiy..

Kemudian, mlm 25 hb makan kat Secret Recipe Pandan Indah je.. :)
Fateh pun kebetulan demam panas sikit (dlm 38 deg C), jadi, xselesa jugak nak jalan

Memula plan jugak nak jenjalan kat Aquaria KLCC, tp bukak 11 pagi! gosh.. hari tu hari JUmaat.. kang kalut nak pi solat jumaat pulak, xbaloi2 nak explore Aquaria tu.
plus.. hari tu Hari Krismas, ada suprise pulak kat Aquaria -Diving Santa .. Santa yang ber-scuba diving tu.. huhu..sure ramai orang 'perak' berpusu-pusu nak tengok benda pelik tu..

Som pilih cara budget saja tahun ni.. tapi biarlah bermakna. Kita ke Secret Recipe saja. dan take-away Brownies Walnut, balik Shah Alam.

Double Annyvesary

Kebetulan jugak, mak dan ayah mertua saya pun celebrate annyversary depa ke 29 pada 21 Disember. Jadi, celebrate 'double annyvesary' :)
Happy Annyvesary Mak & Ayah.. May Allah bless you forever & ever...

hehe..maybe next year, Family kami akan sambut 'triple annyversary' pulak, sebab adik Shah , si Angah akan aqad Nikah pada 1 Jan 2010. jadi tahun dpn, kita himpun celebration annyvesary.. :)

insyaAllah...didoakan semua bahagia sampai anak cucu, dan ke syurga semuanya...

Tuesday, September 8, 2009

Masih belum terlewat..



Hari ni dah hari ke-19 kita di bulan Ramadhan. Hampir dah nak masuk ke fasa ke-3..

Ya Allah, cepatnya masa berlalu.. tapi masih belum terlambat untuk terus meraih ganjaran amalan di bulan Ramadhan ni..
Jangan berputus asa, duhai diriku.. teruskan meraih keampunan Nya..

Ya Allah panjangkan lah umurku untuk melangkah masuk ke fasa-3, di mana dijanjikan pelepasan azab neraka..
Dan, Kau berilah kekuatan, kesihatan, mempermudahkan urusan ku dan memberikan ku semangat untuk terus melakukan ibadah dan berjuang di atas jalan-Mu..

Ameen..

Moga bertemu dalam Fasa ke-3..

Salam Ramadhan 1430H

Thursday, August 27, 2009

Iftar 1

Tuan Rumah

Fateh main belon


Suasana usrah



Semalam merupakan hari ke-5 puasa, bersamaan juga 5 Ramadhan 1430H. Cepatnya masa berlalu, ummi dok termengah-mengah lagi.

Tapi, perubahan ketara ialah, ummi dan abiy sampai office awal setiap hari.. Selalu memang mcm office sniri lah.. :) tapi, pandai pulak ummi sampai office sebelum pukul 8am. Ni sebab ummi dgn abiy xtidur lepas sahur. kalau tidur pun, bukan boleh tidur, mmg akan paksa tidor, last2.. mengantuk dan rasa xsegar. Balik pulak, balik awal, sepangjang Ramadhan ni. pukul 4pm. Best2, boleh sampai rumah awal, xserabut kepala, jalan xjammed.

Dan semalam, hari Rabu, mcm biasa, ada usrah Pandan, tapi sebab bulan puasa, diawalkan buat sebelum buka puasa. Semalam Iftar di rumah Kak Ija Abg Taib. Sepatutnya start pukul 6pm. Tapi, hujan lebat sangat petang semalam. Kami pun, lepas solat asar pi dulu Klinik Dr Latip, ambik ubat untuk Fateh, selsema dan kahak. Jadi, usrah start lewat, dan kami sampai pun lewat, dekat2 pukul 7pm. Waktu tu, hadirin tengah baca Hizib, kemudian baca Quran.

Ramai jugak xdapat hadir, kesian Kak Ija masak banyak. Kak mashitah tak balik lagi, since PRK Pmtg Pasiaq. Rabiah pun xdpt datang. Adik2 **** pun ramai xdpt datang. Muslimat yang datang Soraya yg tengah pregnant 2-3 bulan, Sanaa dgn Ammar, Kak Lin dgn Syifaa' , Kak Ija dgn Bashirah (for sure la..), Ummi dgn Fateh, Dilla dgn Ubaidah, n Syahad dengan Syifaa Syuhada. :) dan beberapa adik-adik dari luar.


Selepas hadirin baca Quran, yang diketuai oleh Ustaz Zul, ada sikit pengisian tazkirah, sementara menanti buka puasa. Ustaz Syakir bagi. Syakir kongsi pengalaman semasa bertugas di PRK Permatang Pasiaq.
- Kemenangan adalah kurniaan dari Allah. Terasa sangat2, sebab bilangan petugas PAS sangat sikit berbanding jentera sebelah sana. Memang rasa macam nak kalah awal2 tu.
- Perlu kekuatan material (contoh: Hilux, Hi-ace) :) untuk perjuangan Islam, selain pergantungan sepenuhnya pada Allah. Sebab Nabi pun buat persediaan rapi untuk pergi berperang sebab:
i. untuk menggerunkan musuh.
ii. menaikkan semangat pejuang. Baru rasa semnagt nak berperang.

Kemudian, masuk lah waktu Maghrib, menandakan buka puasa.

Ni lah waktu yang sangat menguji kesabaran ummi. Fateh sangat tidak mahu duduk diam. Bukan setakat nak explore saja, malah dah jadi tahap engineer atau scientist. Siap buat eksperimen lagi. sabar je lah. Dia celup air dalam cawan minum orang, ambik lauk dari piggan orang. Tak boleh jadi.

Kemudian, ummi bawak dia pegi dapur, kuarantin. Ummi bagi Fateh tembikai, sambil2 ummi makan dan suap dia jugak sikit2. OK, mula2 dia layan jugak. Lama2 dia boring, dapur xdak orang. Kemudian pegi depan balik, nak cuba-cuba dan pegang2 lauk pinggan orang lain.
Tak boleh jadi, ummi letak dia atas riba, cekak kat pinggang Fateh sebelah tangan ummi, bagi pinggan nasi lain. Sebelah tangan ummi makan nasi. Sian, syahdu bukak puasa macam ni. memang kurang nikmat la.. Padahal, well-known, lauk-pauk Kak Ija mmg sedap.

Hm.. Fateh kat rumah ada jugak la cuba gagau2 lauk atas meja, tapi sebab ada meja, dia xsampai. Ni sebab semua orang duduk atas lantai. Semua benda dia nak pegang.. Ya Allah..sabar la..

Hm...baru teringat, peristiwa bukak posa umah Tok kat Kuala Sala dulu. Selalu kami akan hidang lauk dan makan ramai2 atas lantai. tetapi, kali ni disebabkan adanya cicit sulung Tok, iaitu Fateh la.. lanskap telah berubah.. :) lauk kena hidang atas meja, dan makan style ala2 buffet.. Fateh, fateh..berasabarla ummi melayan karenah Fateh.

Nama pun Fateh..pembuka .. explorer.. pembuka keluarga, pembuka cucu cicit.. :) hm.. dia punya inqury memang tinggi.. insyaAllah, moga2 ada semangt Sultan Muhammad Al-Fateh dekat anak ummi ni.

Berbalik kisah iftar tadi, lepas Maghrib, hm..terpaksa la ummi berterawih di rumah nampaknya.. Memang tak mampu ummi nak bawak pegi masjid. Karang pegi main tangga ka, Fateh belum besar lagi nak main2 tanpa pantauan ummi. Jalan pun jatuh2 lagi.

Kalau LM, agak kurang kondusif berbanding tahun lepas. Dulu LM jd nursery, boleh la cikgu nursery tengok2 an masa waktu terawikh. Sekarang LM yg bhgn dalam dah jadi tempat simpnan stok brg jualan, jadi, dah xdak tempat lepak untuk baby dan muslimat dan santai2 macam dulu. dan, dah xdak cikgu2 nak tengkkan Fateh macam dulu.. kenangan..

Takpalah.. insyaAllah nanti Fateh besar nanti Fateh ikut Abiy dgn Ummi pi masjid. nanti boleh la slalu ikut Abiy solat kat masjid. InsyaAllah..

Abiy terawikh di LM dgn sahabat2 lain. Plus, marathn tadarus 10 juzu' sebab malam-malam sebelumnya xsempat bertadarus. Ustaz kata nak wat tadarus 3 malam saja, then terus buat tahlil. Mungkin buat program sempena kemengan PRK Pmtng pasiaq kot. :)

Hm..sedar xsedar dah hari ke-6 Ramadhan. Jom kita terus kan rebut Bonus Ramadhan Al-Mubarak ni!



Syifaa' Syuhada dan ummi nya

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Yg Ku Nanti

Alhmdulillah.. hari ni dah masuk hari ke-2 Ramadhan. kami berpuasa di rumah uwan, Shah Alam. so far, so good, tp ummi msh belum ksmptn brterawih, tdrs n puasa. :) tapi smalam, ummi bksemptan join prog anjuran dmp dgn kjsama msjd nurul hidayah pandan.

Prog ramadhan yg ku nanti. insyaAllah prog ni akan diadakn stiap sabtu dn ahad spnjg bln ramadhan d surau2 dn msjd bwh qariah msjd nurul hidayah. psrta smua adalah wanita dn kaum ibu. mula pkl 10pg, ada solat tsbh, tazkirah, solat taubat, solat hajat. hm.. fateh, ummi tglkn kt umah uwan s alam. ummi kn bg tazkirah, sempoi jd, dlm 20 minit. sgn jgk, dgn makcik2, tp mgenangkn srnan Nabi kita "smpaikan dari ku walau sepotong ayat." Jd ummi gigihkan diri, walaupn xcukup ilmu.

zikir munajat, ustzh salasiah yg bwk. syahdu sgt. ummi rs bdebar nak lalu ramadhan kali ni. harapnya ummi dpt isi dn memanfaat dgn sebaiknya. sayu mengenangkn mereka yg xsmpt melalui rmdhan kali ni. Uwan sblh ayah mertua dn seorg lg, Mak Iti, mslmt Pandan. bgitu jg alyrhm ust asri dn almrhun ustz hamdan.

jd, rebut lah BONUS slagi confirm kita bernyawa.

Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yg serba lemah utk melalui Ramadhan,Bulan yg Kau jdkn khas utk hmbaMu lbh dkt pdMu..Ameen