Wednesday, October 20, 2010

Cuti oh cuti... Cutiku dah nak habis..

Salam,


Lamanya xberblogging..Rasa dan semangat tu dah ada, especially masa pantang. Tapi, masa pantang elok berehat dulu, jangan berat2kan fikiran, bagi saraf rehat betul2 sebelum kembali meneruskan kerja dan kehidupan baru bermula...

Jadi, sepanjang pantang, belek FB je la. kurang membaca dan meneliti benda2 halus. kalau ikutkan nak khatam jugak novel, tapi tu lah, saya ambil pendekatan rehat dulu saraf.

Oh ya, tak lupa juga...sepanjang cuti pantang ni, disebabkan tak boleh membaca sangat, jadi saya habiskan menonton (baca: layaaan) Sinetron Ketika Cinta Bertasbih- Ramadhan Special.
Best sangat.. Dia sambungan dari Movie Ketika Cinta Bertasbih & Ketika Cinta Bertasbih 2.
Ada 56 episod semuanya, pak sedara download kat jiwang, tapi saya copy jer..Saya dah layan 50 episod.. cepat2...

Amboi, cerita pasal sinetron, lupa pulak nak perkenalkan ahli keluarga baru kami...
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak kedua, seorang putera, insyaAllah bakal mujahid, bernama .. Saifuddin Qutuz Althaqif bin Shahruzzaman. Lahir pada 2 September 2010 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431H, jam 5.30petang di Hospital Pusrawi , KL. Cepat sangat bukaan terbuka, kali ni cuma 3 jam saja tahan kat Labor Room, maka lahirlah Saifuddin.

Panjangkan nama Saifuddin.. :) nanti saya cerita di lain masa asal-usul dipilih nama ni.
Yang best nya, ayah saya panggil Saifuddin ni Muhammad Ramadhan.. :) takpalah, Ramadhan tu mungkin jadi nama timangan tokwan Penang :)

3 hari kena tahan di hospital. kemudian, 4 hari kemudian sempat berpantang di rumah mertua sebelum pulang pantang di Penang. Hari ke 40, balik semula ke KL & Shah Alam... sampai sekrang masih di Shah Alam.

Raya Aidilfitri pun berpantang.. dan..huhu..sangat menggugat keimananku.. rasa nak ja menelan lemang , ketupat palas banyak2..Tapi kena sabar,, tak boleh makan sembarangan sebab tengah pantang n takut2 angin pulut masuk ke susu dan perut baby kembung pulak..
Dan.. history...Tak langkah langsung ke Open House hari raya.. terror dak? :P Kira, raya kali ni terselamat dari menambah berat badan.. :)

Tapi, mujur sebelum bersalin tu dah 'bantai' siap2 semua tu.. Beli kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Kiranya sempat la meraya dulu..Kurang la ralatnya..

InsyaAllah, minggu last pantang, blik ke Pandan Indah semula, dah kena start practice letak Fateh dan adik , Saifuddin ke nursery... :( sob2...
Dan..ummi kena masuk balik office macam biasa... owh..tidak... sedihnya nak meninggalkan anak2.

Nak buat macammana, buat masa ni company hanya bagi 60 hari maternity leave..
Tup-tup, masa Bajet 2011 yg PM baru bentang lepas, kakitangan kerajaan BOLEH (bukan wajib) ambik cuti bersalin selama 90 hari...atau 300 hari cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan. huuff22,, jeles.. dan effective by date.. jeles kat biras saya, dia staf Hospital Sungai Buloh.. Dia akan bersalin bulan 11 ni.

Dan, dah ada suara2 kawan2 dan cadangan nak ajak buat petisyen mintak company bagi 90 hari cuti bersalin.. :) Hm..kalau kat UK..siap bagi 6 bulan lagi..

Oh..sangat cepat masa berlalu.. 60 hari tu rasa macam 30 hari ja.. :( Seriously..
Dulu masa berpantang kat Fateh rasa lambatnya masa berjalan. Tapi kali ni rasa cepat, sebab kelam-kabut nak buat macam2 benda setiap hari. Selain kena jaga Saifuddin, si abang Fateh pun kena bagi perhatian jugak..

Seronok dapat mengasuh Fateh sepanjang cuti pantang ni..Fateh dah banyak progres/development. Dah banyak vocabulary dia yg dah improve. dan , dah boleh cakap dalam bentuk ayat ringkas.. "Adik tidoq.." "jom naik atas".. "Abiy mana?"
Dan, dah boleh sikit2 nyanyi lagu ABC.. mana taknya, tiap2 hari pasang video youtube tu.. :)
Fateh, alhamdulillah, tak kasar dengan adik dia. Cuma, kalau masa dia nak perhatian kita, kalau tak dilayan, dia akan buat2 (macam acah-acah) pegi sentuh Saifuddin.. Mesti kita risau takut dia cubit.. So, waktu tu mau tak mau kena la penuhi permintaan fateh kejap.

Saifuddin pun ada progress.. dah boleh senyum2, boleh bual2 sikit 'Acoo..acoo..' :)

Hm.. memang ni lah nikmat dan rezeki anak... Seronok tengok telatah anak dan puas anak-anak membesar depan mata.. Tengok perubahan dan improvement dia dari masa ke semasa.. Dapat asuh anak-anak sendiri... :)

Owh..cuti ku cuma 60 hari saja.. Nak ambik unpaid leave..sangat berisiko tinggi ketika ini...

Pada pendapat saya,bagus kalau cuti 90 hari ni, maksudnya baby lebih kurang umur 3 bulan. Badan dah tegap dan mantap sikit untuk ditinggalkan kat nursery atau pengasuh/nanny. Kita pun rasa confident sikit kita nak letak. Tapi, bukan 100% la confident, masih kena berhati-hati dengan keselamatn baby yang sangat 'fragile'.

Hubungan ibu dan anak makin erat. Ibu dapat berehat , maklumlah bersalin memang stress dan sakit, orang tua-tua kata putus 1000 urat. Makan masa nak pulih balik.

Malaysia neagara Asean yang masih sikit cuti bersalinnya..
Cuba baca petisyen NUBE , kat situ dia ada letak kebaikan atau faedah cuti 90 hari..

Tetapi.. sebenarnya cuti 90 hari yang kerajaan bagi tu..hanya boleh diambil kalau anaknya 3 sahaja. Tengok pendapat-pendapat kaum ibu ni..

Takpelah.. yang nyata di tempat saya bertugas..masih 60 hari cuti bersalin.. back to normal..
Buat masa ni, rezeki keluarga di situ. Demi anak2 kesayangan, tabahkan hati yer.. :)

Maka...bersiap-sedia lah dari sekarang, wahai Ummufateh untuk masuk balik office itu..
Bersedia lah wahai fizikal, emosi dan mindaku .. untuk kembali meninggalkan permata-permata hatiku untuk diasuh oleh cikgu-cikgu nurseri..

Positive..postive... dan , ya Allah, kau peliharalah keselamatan anak-anakku, Muhammad Alfateh dan Saiffuddin Qutuz sepanjang ku bekerja dan juga setiap masa dan bila-bila pun..

AMEEN..

Tuesday, August 17, 2010

Berhibur sambil mendidik.. :)

Anak teruna saya, Fateh , dia boleh berjalan umor 11 bulan, kira awal jugak la. Memanjat , berlari, sbb badan dia ringan..huff.,.. mmg mencabar minda ummi & abiy n cikgu2 nursery.
Tapi, orang2 tua kata, kalau boleh jalan laju, cakapnya lambat sikit nak boleh.

Jadi, risau jugak Fateh lambat cakap. Tapi, dia boleh mumbling n ajuk start umo setahun setengah.

Dan, ummi n abiy dapat detect, dia byk belajar becakap kat nursery. Mungkin sbb 'exposure' dgn kawan2 sebaya dia ygn dia boleh berlatih communicate.
Dan, fateh jugak bayak belajar sebut perkatan masa menyanyi.


  • Mula2, nursery dok pasang DVD Upin Ipin.. kat situ dia mula la..sikit2.. Upin Ipin.. Upin Ipin.. balik umah ja..Upin Ipin..

  • Then, mak mertua bagi DVD Anakku sayang.. Tiap2 hari fateh akan nanyi 'SYABAS>>SYABAS>>' itu je lah.. sampai gaduh2 nak pasang CD tu ja , kalau blk rumah..

  • Then, abiy pulak beli CD Maher Zain.. lagu yang Fateh minat .. Barakallah.. dok pasang dalam keta.. habis je lagu tu.. "lagi..lagi".. owh, sepanjang jalan dengr lagu tu 5-6x..



  • Then, beli CD Ana Muslim.. :)Satu untuk rumah, dan Ummi pun dah pass satu copy kat nursery, yang original tau.. Mmg itu lah feveret nasyid budak2 tu skarang.. :)


Alhadmullilah.. lagu2 dia mmg best! Ummi plng suka lagu Allah Raja Manusia..
banyak la unsur pendidikan dan tarbiyyah melalui lagu2 nasyid animasi ni..

So, inilah modal ummi kalau nak buat kerja rumah skarang ni, pasang CD Ana Muslim .. :)

Enjoy and have fun!




Monday, August 16, 2010

SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN 1431H

Alhamdulillah, hari ni masuh 7 Ramadhan 1431H. Ummi berpuasa penuh setakat ni.
:) berdebar jugak sebenarnya nak melalui Ramadhan kali ni..

Pelbagai persoalan 'flying in my mind'.. :)

1. Takut tak larat berpuasa, maklumlah mengandung 8-9 bulan.
orang kata org preggy selalunya 2nd trime yg 'tough' n 'fit'.
Alhamdulillah, dgn pertolongan Allah, ummi tak 'miss' sehari puasa lagi

2. takut nak bersalin..
Even dah second time pregnancy, rasa mcm 1st time pulak mengandung. Kuat n tahan sakit kah ummi.. ? :) Ya Allah, permudahkan segala urusanku..

3. Takut tak sempat handover keja..
Projek tengah 'peak' skarang ni.. nak masuk FDRC la, kena prepare ITB la, SOW la blabla ini.. Ya Allah, sempatkanlah ummi siapkan keja.. jgn jadikan penat mengandung sbg alasan keja xsiap. Fitnah tu!


By the way, dlm sibuk kejar urusan dunia, jgn la lupa urusan akhirat, tambah2 bulan yg sgt2 dimuliakan Allah ni. alhamdulillah, dah masuk 7 Ramadhan 1431H. Kena kuatkan lagi azam untuk hiasi Ramadhan kali ni dgn amaln2 yg Allah janjikan pahala yg berlipat ganda.. Tapi, yg penting, keampunan Allah yg kita lebih harapkan.

Sedikit selitan ayat Quran dan hadis-hadis sebagai pemangkin diri dan motivasi untuk menghiasi Ramdhan kareem kali ini..
  • Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
    "Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
    RAMADHAN
    ر= رضوانالله (Keredaan Allah)
    م= مغفرة الله (Keampunan Allah)
    ض= ضمان الله (Jaminan Allah)
    ا= الفة الله ( Kejinakan Allah)
    ن = (Anugerah Allah)

    Keredaan Allah: (bagi orang yang taat)
    Keampunan Allah: ( bagi orang yang maksiat)
    Jaminan Allah: ( bagi orang yang taat)
    Kejinakan Allah: (bagi orang yang tawakkal)
    Anugerah Allah : ( bagi orang yang benar)

    Petikan buku fadilat bulan Ramadhan Budiman Radzi)
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)


SELAMAT MENGHIASI & MENGHIDUPKAN RAMADHAN..

RAMADHAN KAREEM..



Friday, July 30, 2010

Saya kembali!! Lamanya tak update!!

Assalamualaikum wrh,

Ya Allah! Mau berkarat, berhabuk blog ummufateh ni!! dah hampir 7-8 bulan... since lps anniversary punya posting tu..


Dan..alhamdulillah.. update terkini.. InsyaAllah.. Fateh akan ada adik tak lama lagi, insyaAllah boy jugak.
Mungkin dalam bulan September nnt.. insyaAllah..

+Hm.. dah masuk 32 weeks, tapi belum packing barang lagi.. adui.. beza sungguh preparation masa pregnant fateh dulu.. 7 bulan trus packing barang, prepare letak dlm kereta..

+Checklist pun tak print lagi.. tp, dah start la beli barang2 keperluan untuk berpantang nanti.. Ok2, start pack barang weekend ni..

Ni checklist hospital bag dari babycentre.com.my:
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/labourandbirth/hospitalbag/


+ Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan, ummi nak practice puasa dan cuba puasa selang sehari , kalau tak larat nak buat direct.. InsyaAllah.. Nanti saya share apa supplement yg saya ambil untuk tahan masa sepanjang hari berpuasa..

+ Malam ni baru ada appointment dgn CellSafe agen, pasal Stem Cell blood cord tu.. hm.. masih dalam pertimbangan..


Banyak jugak preparation mental, fizikal, spiritual dll nak kena buat sblm org baru tiba.. :)

Doakan moga urusan kami dipermudahkan Allah, ya... Ameen...


8 month -Fetal development