Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, August 16, 2010

SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN 1431H

Alhamdulillah, hari ni masuh 7 Ramadhan 1431H. Ummi berpuasa penuh setakat ni.
:) berdebar jugak sebenarnya nak melalui Ramadhan kali ni..

Pelbagai persoalan 'flying in my mind'.. :)

1. Takut tak larat berpuasa, maklumlah mengandung 8-9 bulan.
orang kata org preggy selalunya 2nd trime yg 'tough' n 'fit'.
Alhamdulillah, dgn pertolongan Allah, ummi tak 'miss' sehari puasa lagi

2. takut nak bersalin..
Even dah second time pregnancy, rasa mcm 1st time pulak mengandung. Kuat n tahan sakit kah ummi.. ? :) Ya Allah, permudahkan segala urusanku..

3. Takut tak sempat handover keja..
Projek tengah 'peak' skarang ni.. nak masuk FDRC la, kena prepare ITB la, SOW la blabla ini.. Ya Allah, sempatkanlah ummi siapkan keja.. jgn jadikan penat mengandung sbg alasan keja xsiap. Fitnah tu!


By the way, dlm sibuk kejar urusan dunia, jgn la lupa urusan akhirat, tambah2 bulan yg sgt2 dimuliakan Allah ni. alhamdulillah, dah masuk 7 Ramadhan 1431H. Kena kuatkan lagi azam untuk hiasi Ramadhan kali ni dgn amaln2 yg Allah janjikan pahala yg berlipat ganda.. Tapi, yg penting, keampunan Allah yg kita lebih harapkan.

Sedikit selitan ayat Quran dan hadis-hadis sebagai pemangkin diri dan motivasi untuk menghiasi Ramdhan kareem kali ini..
  • Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
    "Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
    RAMADHAN
    ر= رضوانالله (Keredaan Allah)
    م= مغفرة الله (Keampunan Allah)
    ض= ضمان الله (Jaminan Allah)
    ا= الفة الله ( Kejinakan Allah)
    ن = (Anugerah Allah)

    Keredaan Allah: (bagi orang yang taat)
    Keampunan Allah: ( bagi orang yang maksiat)
    Jaminan Allah: ( bagi orang yang taat)
    Kejinakan Allah: (bagi orang yang tawakkal)
    Anugerah Allah : ( bagi orang yang benar)

    Petikan buku fadilat bulan Ramadhan Budiman Radzi)
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)


SELAMAT MENGHIASI & MENGHIDUPKAN RAMADHAN..

RAMADHAN KAREEM..



Tuesday, September 8, 2009

Masih belum terlewat..



Hari ni dah hari ke-19 kita di bulan Ramadhan. Hampir dah nak masuk ke fasa ke-3..

Ya Allah, cepatnya masa berlalu.. tapi masih belum terlambat untuk terus meraih ganjaran amalan di bulan Ramadhan ni..
Jangan berputus asa, duhai diriku.. teruskan meraih keampunan Nya..

Ya Allah panjangkan lah umurku untuk melangkah masuk ke fasa-3, di mana dijanjikan pelepasan azab neraka..
Dan, Kau berilah kekuatan, kesihatan, mempermudahkan urusan ku dan memberikan ku semangat untuk terus melakukan ibadah dan berjuang di atas jalan-Mu..

Ameen..

Moga bertemu dalam Fasa ke-3..

Salam Ramadhan 1430H

Thursday, August 27, 2009

Iftar 1

Tuan Rumah

Fateh main belon


Suasana usrah



Semalam merupakan hari ke-5 puasa, bersamaan juga 5 Ramadhan 1430H. Cepatnya masa berlalu, ummi dok termengah-mengah lagi.

Tapi, perubahan ketara ialah, ummi dan abiy sampai office awal setiap hari.. Selalu memang mcm office sniri lah.. :) tapi, pandai pulak ummi sampai office sebelum pukul 8am. Ni sebab ummi dgn abiy xtidur lepas sahur. kalau tidur pun, bukan boleh tidur, mmg akan paksa tidor, last2.. mengantuk dan rasa xsegar. Balik pulak, balik awal, sepangjang Ramadhan ni. pukul 4pm. Best2, boleh sampai rumah awal, xserabut kepala, jalan xjammed.

Dan semalam, hari Rabu, mcm biasa, ada usrah Pandan, tapi sebab bulan puasa, diawalkan buat sebelum buka puasa. Semalam Iftar di rumah Kak Ija Abg Taib. Sepatutnya start pukul 6pm. Tapi, hujan lebat sangat petang semalam. Kami pun, lepas solat asar pi dulu Klinik Dr Latip, ambik ubat untuk Fateh, selsema dan kahak. Jadi, usrah start lewat, dan kami sampai pun lewat, dekat2 pukul 7pm. Waktu tu, hadirin tengah baca Hizib, kemudian baca Quran.

Ramai jugak xdapat hadir, kesian Kak Ija masak banyak. Kak mashitah tak balik lagi, since PRK Pmtg Pasiaq. Rabiah pun xdpt datang. Adik2 **** pun ramai xdpt datang. Muslimat yang datang Soraya yg tengah pregnant 2-3 bulan, Sanaa dgn Ammar, Kak Lin dgn Syifaa' , Kak Ija dgn Bashirah (for sure la..), Ummi dgn Fateh, Dilla dgn Ubaidah, n Syahad dengan Syifaa Syuhada. :) dan beberapa adik-adik dari luar.


Selepas hadirin baca Quran, yang diketuai oleh Ustaz Zul, ada sikit pengisian tazkirah, sementara menanti buka puasa. Ustaz Syakir bagi. Syakir kongsi pengalaman semasa bertugas di PRK Permatang Pasiaq.
- Kemenangan adalah kurniaan dari Allah. Terasa sangat2, sebab bilangan petugas PAS sangat sikit berbanding jentera sebelah sana. Memang rasa macam nak kalah awal2 tu.
- Perlu kekuatan material (contoh: Hilux, Hi-ace) :) untuk perjuangan Islam, selain pergantungan sepenuhnya pada Allah. Sebab Nabi pun buat persediaan rapi untuk pergi berperang sebab:
i. untuk menggerunkan musuh.
ii. menaikkan semangat pejuang. Baru rasa semnagt nak berperang.

Kemudian, masuk lah waktu Maghrib, menandakan buka puasa.

Ni lah waktu yang sangat menguji kesabaran ummi. Fateh sangat tidak mahu duduk diam. Bukan setakat nak explore saja, malah dah jadi tahap engineer atau scientist. Siap buat eksperimen lagi. sabar je lah. Dia celup air dalam cawan minum orang, ambik lauk dari piggan orang. Tak boleh jadi.

Kemudian, ummi bawak dia pegi dapur, kuarantin. Ummi bagi Fateh tembikai, sambil2 ummi makan dan suap dia jugak sikit2. OK, mula2 dia layan jugak. Lama2 dia boring, dapur xdak orang. Kemudian pegi depan balik, nak cuba-cuba dan pegang2 lauk pinggan orang lain.
Tak boleh jadi, ummi letak dia atas riba, cekak kat pinggang Fateh sebelah tangan ummi, bagi pinggan nasi lain. Sebelah tangan ummi makan nasi. Sian, syahdu bukak puasa macam ni. memang kurang nikmat la.. Padahal, well-known, lauk-pauk Kak Ija mmg sedap.

Hm.. Fateh kat rumah ada jugak la cuba gagau2 lauk atas meja, tapi sebab ada meja, dia xsampai. Ni sebab semua orang duduk atas lantai. Semua benda dia nak pegang.. Ya Allah..sabar la..

Hm...baru teringat, peristiwa bukak posa umah Tok kat Kuala Sala dulu. Selalu kami akan hidang lauk dan makan ramai2 atas lantai. tetapi, kali ni disebabkan adanya cicit sulung Tok, iaitu Fateh la.. lanskap telah berubah.. :) lauk kena hidang atas meja, dan makan style ala2 buffet.. Fateh, fateh..berasabarla ummi melayan karenah Fateh.

Nama pun Fateh..pembuka .. explorer.. pembuka keluarga, pembuka cucu cicit.. :) hm.. dia punya inqury memang tinggi.. insyaAllah, moga2 ada semangt Sultan Muhammad Al-Fateh dekat anak ummi ni.

Berbalik kisah iftar tadi, lepas Maghrib, hm..terpaksa la ummi berterawih di rumah nampaknya.. Memang tak mampu ummi nak bawak pegi masjid. Karang pegi main tangga ka, Fateh belum besar lagi nak main2 tanpa pantauan ummi. Jalan pun jatuh2 lagi.

Kalau LM, agak kurang kondusif berbanding tahun lepas. Dulu LM jd nursery, boleh la cikgu nursery tengok2 an masa waktu terawikh. Sekarang LM yg bhgn dalam dah jadi tempat simpnan stok brg jualan, jadi, dah xdak tempat lepak untuk baby dan muslimat dan santai2 macam dulu. dan, dah xdak cikgu2 nak tengkkan Fateh macam dulu.. kenangan..

Takpalah.. insyaAllah nanti Fateh besar nanti Fateh ikut Abiy dgn Ummi pi masjid. nanti boleh la slalu ikut Abiy solat kat masjid. InsyaAllah..

Abiy terawikh di LM dgn sahabat2 lain. Plus, marathn tadarus 10 juzu' sebab malam-malam sebelumnya xsempat bertadarus. Ustaz kata nak wat tadarus 3 malam saja, then terus buat tahlil. Mungkin buat program sempena kemengan PRK Pmtng pasiaq kot. :)

Hm..sedar xsedar dah hari ke-6 Ramadhan. Jom kita terus kan rebut Bonus Ramadhan Al-Mubarak ni!



Syifaa' Syuhada dan ummi nya

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Yg Ku Nanti

Alhmdulillah.. hari ni dah masuk hari ke-2 Ramadhan. kami berpuasa di rumah uwan, Shah Alam. so far, so good, tp ummi msh belum ksmptn brterawih, tdrs n puasa. :) tapi smalam, ummi bksemptan join prog anjuran dmp dgn kjsama msjd nurul hidayah pandan.

Prog ramadhan yg ku nanti. insyaAllah prog ni akan diadakn stiap sabtu dn ahad spnjg bln ramadhan d surau2 dn msjd bwh qariah msjd nurul hidayah. psrta smua adalah wanita dn kaum ibu. mula pkl 10pg, ada solat tsbh, tazkirah, solat taubat, solat hajat. hm.. fateh, ummi tglkn kt umah uwan s alam. ummi kn bg tazkirah, sempoi jd, dlm 20 minit. sgn jgk, dgn makcik2, tp mgenangkn srnan Nabi kita "smpaikan dari ku walau sepotong ayat." Jd ummi gigihkan diri, walaupn xcukup ilmu.

zikir munajat, ustzh salasiah yg bwk. syahdu sgt. ummi rs bdebar nak lalu ramadhan kali ni. harapnya ummi dpt isi dn memanfaat dgn sebaiknya. sayu mengenangkn mereka yg xsmpt melalui rmdhan kali ni. Uwan sblh ayah mertua dn seorg lg, Mak Iti, mslmt Pandan. bgitu jg alyrhm ust asri dn almrhun ustz hamdan.

jd, rebut lah BONUS slagi confirm kita bernyawa.

Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yg serba lemah utk melalui Ramadhan,Bulan yg Kau jdkn khas utk hmbaMu lbh dkt pdMu..Ameen