Monday, August 16, 2010

SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN 1431H

Alhamdulillah, hari ni masuh 7 Ramadhan 1431H. Ummi berpuasa penuh setakat ni.
:) berdebar jugak sebenarnya nak melalui Ramadhan kali ni..

Pelbagai persoalan 'flying in my mind'.. :)

1. Takut tak larat berpuasa, maklumlah mengandung 8-9 bulan.
orang kata org preggy selalunya 2nd trime yg 'tough' n 'fit'.
Alhamdulillah, dgn pertolongan Allah, ummi tak 'miss' sehari puasa lagi

2. takut nak bersalin..
Even dah second time pregnancy, rasa mcm 1st time pulak mengandung. Kuat n tahan sakit kah ummi.. ? :) Ya Allah, permudahkan segala urusanku..

3. Takut tak sempat handover keja..
Projek tengah 'peak' skarang ni.. nak masuk FDRC la, kena prepare ITB la, SOW la blabla ini.. Ya Allah, sempatkanlah ummi siapkan keja.. jgn jadikan penat mengandung sbg alasan keja xsiap. Fitnah tu!


By the way, dlm sibuk kejar urusan dunia, jgn la lupa urusan akhirat, tambah2 bulan yg sgt2 dimuliakan Allah ni. alhamdulillah, dah masuk 7 Ramadhan 1431H. Kena kuatkan lagi azam untuk hiasi Ramadhan kali ni dgn amaln2 yg Allah janjikan pahala yg berlipat ganda.. Tapi, yg penting, keampunan Allah yg kita lebih harapkan.

Sedikit selitan ayat Quran dan hadis-hadis sebagai pemangkin diri dan motivasi untuk menghiasi Ramdhan kareem kali ini..
  • Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
    "Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
    RAMADHAN
    ر= رضوانالله (Keredaan Allah)
    م= مغفرة الله (Keampunan Allah)
    ض= ضمان الله (Jaminan Allah)
    ا= الفة الله ( Kejinakan Allah)
    ن = (Anugerah Allah)

    Keredaan Allah: (bagi orang yang taat)
    Keampunan Allah: ( bagi orang yang maksiat)
    Jaminan Allah: ( bagi orang yang taat)
    Kejinakan Allah: (bagi orang yang tawakkal)
    Anugerah Allah : ( bagi orang yang benar)

    Petikan buku fadilat bulan Ramadhan Budiman Radzi)
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)


SELAMAT MENGHIASI & MENGHIDUPKAN RAMADHAN..

RAMADHAN KAREEM..



No comments:

Post a Comment