Thursday, February 3, 2011

Kenapa Ummu Fateh? Dah tu Saifuddin letak mana?

Pernah sorang sahabat saya tengok gmail address saya, alamatnya nama ummufateh.
Kata kawan saya tadi, sian baby baru (Saifuddin), nama fateh jugak dikekalkan..
Saya sengih jer, sebab faham, kawan tu saya ngusik, sebab mustahil sbb shabat saya tu lagi banyak ilmu dari saya.

Adik ipar pun penah tegiur, "Chey, nak jadi cam nama orang arab.. ummu itu, ummu ini.. abu itu, abu ini.."
Saya bagitau, sebenarnya sunnah letak nama gelaran ibubapa tu diberi jollokan dengan nama anak paling besar (sulung).

Meh saya share maksud Hadis tu..

Diriwayatkan dari Abu Syuraih bahawa pada asalnya dia bernama Abul Hakam, maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya:
"Sesungguhnya Allah, Dialah Hakim yang memutuskan , dan hanya merujuk kepada-Nyalah semua keputusan."
Abu Syuraih berkata: "Sesungguhnya kaumku, apabila berselisih pendapat tentang sesuatu perkara mereka datang kepadaku,maka aku putuskan perkara itudiantara mereka hingga mereka rasa puas."
Nabi s.a.w bertanya: "Alangkah bbaiknya sikapmu itu, tetapi berapa anakmu?"
Aku (yakni Abu Syuraih) menjawab: "Syuraih, Muslim, dan 'Abdullah."
Nabi s.a.w bertanya : "Siapakah yang paling besar di antara mereka?"
Aku menjawab : "Syuraih!"
Nabi s.a.w bersabda: "Kalau begitu, kamu adalah Abu Syuraih (bapaknya Syuraih)".
Syuraih berakar dari syarh, ertinya lapang dada. Allah s.w.t telah berfirman kepadanya nabi-Nya:
"Bukankah Kami telah melapangkan unutkmu dadamu?" (QS:Alam Nasyrah (94):1)

(Abu Dawud, Kitabu; Adab 4304 dan Nasa'i, Kiab Adabul Qadha', 5292)

*petikan dari Buku Tahapan mendidik Anak, Teladan Rasulullah, m/s 72
Terbitan Irsyad Baitus Salam, Bandung Indonesia, 1421H/2000M



Pendek kata tadi, begini, Nabi penah tegur sahabatnya, Abu Syuraih. Dulu Abu Syuraih orang panggil Abul Hakam, sedangkan Allah saja yang layak dengan gelaran Hakam tu.
Ni disebabkan Abul Hakam pandai menyelesaikan masalah kaum dia sampai dia diberi nama jolokan Abul hakam.
Jadi, nabi tanya apa nama anak-anaknya dia. Abu Syuraih pun bagitau, nama anak dia Syuraih, Muslim dan Abdullah. Nabi tanya lagi, sapa yang paling besar dikalangan 3 orang anak tu.
Jawabnya, Syuraih. jadi, Nabi pun gelar sahabat tadi dengan gelaran Abu Syuraih.

:) Buku ni dihadiahkan oleh ayah saya. Ayah beli banyak2 masa ziarah ke Acheh masa saya mengandung Saifuddin dulu. Baru baca Tahap 1 buku ni :) lagi 2 bab tak abes baca lagi.
Takpa, ustaz saya bagitau, beli buku banyak-banyak takpa kalau tak habis baca. Janji, masa nak rujuk tu, ada dalam simpanan.

OK, so.. dah dapat kan lesson learnt from this story.. ? :)
Ibu bapa disunaatkan letak nama gelaran guna nama anak paling besar ...
So..jadilah Ummu Fateh, Abu Fateh :)

Saifuddin dan bakal adik-adik jangan terasa yer.. :) (aiitt..lambat lagi..doakan ...)


4 comments:

  1. wah..menarik...akak nak tukar ummuFaiz macam ni..tp dah buat domain mamafaiz.com..aiyoo

    ReplyDelete
  2. takper, mamafaiz pun lebih kurang jugak ummufaiz :) sama maknanya

    ReplyDelete