Sunday, August 16, 2009

Keselamatan Si Kecil Di Rumah..






Tubuh Fateh agak kecil berbanding rakan-rakan yang sebaya dengannya. Dengan berat 2.75kg masa lahir, pertumbuhan dia agak perlahan. Risau jugak, sebab bila plot graf baby growth dalam 'report card' Fateh.






Tapi, since Dr.Kamaruddin, paedtrician yang selalu kami rujuk di PUSRAWI since Fateh lahir, Doc bagtau, Fateh ok dan sihat, badan kurang naik sebab dia agak lasak. Body fat burn sebab dia banyak main dan bergerak.

Saya dan suami cuma tersenyum, sebab memang telah diakui kelasakan Fateh, sejak dia berusia 4-5 bulan lagi. Aduhai..anak Ummi.. memang menguji kesabaran ummi dan abiy. Disebabkan lasak, kena ambik langkah berjaga-jaga, demi keselamatan si kecil di rumah.. bukan kat Office, Platform, Plant saja yang kena comply HSE(Health, Safety & Environment) requirement.. di rumah pun kena ada tau..


Antara 'HSE' compliance yang di-apply di rumah kami:



i) Disebabkan lasak dan aktif, memang fateh agak kurang duduk diam, berbanding kawan-kawan dia. Sejak dia dah 6 bulan, dia dah start merangkak, dan kadang-kadang tergolek.


Dah 8 bulan, dia start berdiri dan berpaut, waktu tu lagi senang tergolek.. kalau tergolek, jatuh kepala..'Sedap' jugak bunyi tu.. kemudian akan diiringi nangis..

Jadi, untuk kurangkan hasil impak golekan, kami belikan fateh 'rubber mat' yg mcm nurery pasang kat lantai2. Harga, oklah.. dlm RM70=4 keping, beli di Toy'R Us. Jadi, kalau jatuh kurang sakit sebab 'mat' tu dah absorb impak jatuh tu. Jadi waktu tu kala dia dah cuba-cuba berdiri dan berjalan, kalau kalaum kurang sakit..

ii) Kemudian, Fateh ni hobi dia suka mengemas, suka korek laci. Dah beli shelf/laci, takdak kunci. Jadi, kami pun pasang safety lock dalam laci.. Abiy kena drill laci dari dalam dan pasang lock tu. Jadi. Fateh still boleh tarik laci, cuma terbuka dalam 1 inci saja. Tapi, bahayanya, bila dia berdiri (yang berpaut), kalau buka laci tu separuh, hujung jari masih kat dalam laci, tertolak badan.. Auuww..masih tersepit..


iii) Rumah kami jenis 'town-house' tingkat atas. Konsepnya, dari luar, nampak macam teres 2 tingkat. Tapi sebenarnya, rumah atas 'owner' lain, rumah bawah 'owner lain'. Kalau land title, macam kondo, konsep strata.


Jadi, lepas area parking kereta, terus jumpak pintu rumah, buka pintu, terus naik tangga, straight macam rumah kedai tingkat atas.. Takut kan.. Jadi, masa Fateh dah boleh meniarap, kami pasang Safety Gate, brand Lindam. Gate ni ketinggian dalam 1meter. Dia ada alarm, kalau terbuka, akan bunyi. Nak buka pun susah, kena tekan button sambil pulas/angkat bahagian pembuka tu. Nak tutup, kena tutup handle tu, dan alarm kena senyap. Kalau alarm bunyi, maksudnya, gate xtutup rapat, atau gate longgar.


Alhamdullillah..So far, masih selamat. Cuma risau, takut Fateh kreatif bila dia dah pandai memanjat.. Nauzubillah..


Ada lagi beberapa 'safety gadgets' yang kami pasang di rumah. tetapi, aspek keselamatan si kecil di rumah bukan hanya bergantung pada gadgets tersebut semata-mata. Ada beberapa tindakan/langkah berjaga-jaga juga yang perlu diambil, tanpa pemasangan gadget2 keselamatan ... Ini melibatkan tingkahlaku ibu bapa dan sokongan ahli keluarga lain di rumah..


Antaranya:

i) Pintu tandas/bilik air hendaklah sentiasa ditutup selepas keluar (vacant). Elakkan tinggal baldi berisi air, jika tidak digunakan.


ii) Jangan biarkan si kecil bersendirian di bilik mandi


iii) Lantai hendaklah sentiasa kering, agar baby tak tergelincir, tersadung, tergolek, tertomoih..


iv) Duit syiling dan benda2 kecil tak dibiarkan berterabur atas lantai..supaya baby tak kutip dan telan.


v) Begitu juga kebersihan lantai, 'mayat-mayat' , najis-najis serangga/haiwan tidak dibiarkan atas lantai. basuh dan buang.. Sama kes di atas..


vi) Alatan tajam dan panas tidak diletak di tepi meja dan perabot.. Takut baby 'gagau' , nak ambil benda sambil berdiri.


vii) Bahan-bahan beracun dan merbahaya-(sabun basuh, aeresol, perfume, ubat-ubat) disimpan atau diletak di tempat tinggi.


iix) Peralatan mainan juga diperbuat dari bahan-bahan selamat dan tidak merbahaya (non-hazardous)


Dan banyak lagi..


Anyway.. Kita sebagai parents hanya mampu berusaha dan berikhtiar dalam menjaga dan memastikan keselamatan ahli keluarga di rumah. Itu baru keselamatan berbentuk fizikal., belum lagi kisah keselamatan emosi, spiritual dan lain2..


Apa-apa pun, setelah berusaha , pastilah kita harus serahkan segala usaha kita pada Allah.. Allah Yang Maha Menyelamatkan.. gadgets2, langkah2 semua tu hanya asbab-musabab kita. Hakikat yang menyelamatkan anak-anak dan kita, adalah Allah, Rabbul Jalil.


Sentiasa membaca.. 'Bismillahi tawakkal tu 'ala-llah..' ketika hendak keluar rumah, meninggalkan anak di nursery/taska dan selepas solat. dan juga Ayat Seribu Dinar. InsyaAllah, berkat doa dan rintihan hambaNya, Allah akan maqbulkan doa kita, agar keluarga kita selamat dari mala petaka samada physically, emotionally, mentally, spiritually..


Ya Allah..hanya padaMu kami menymbah dan hanya padaMu kami pohon pertolongan.. Ameen..

















No comments:

Post a Comment